Friday, February 4, 2011

Raja Lawak vs Raja Selipar ?

Kalau orang Kajang mungkin tak terkejut bila tengok banner nie,tapi bagi aku yang datang dari Seremban mula-mula tue rasa macam terkena gak bila tengok dari jauh nampak macam baner Raja Lawak.Ingatkan ada personaliti Raja Lawak yang duk meniaga kat situ..( tak tau la kalau owner dia memang artis Raja Lawak )

Bila dah dekat baru perasan yang banner tue sebenarnya tertulis Raja Selipar...hahaha..,lawak betul.Apapun ideanya memang menarik,guna identiti Raja Lawak untuk jual selipar.Dan seperti namanya Raja Selipar, memang banyak la selipar kat situ.Jangan cari baju,takkan jumpa.Kalau nak cari baju jugak cari kat gerai di sebelahnya.

Lokasinya yang terletak kat tengah bandar Kajang iaitu dalam kawasan perniagaan yang paling famous kat Malaysia iaitu sate Kajang HJ.Samuri,memang menjual pelbagai jenis selipar seperti Crocs,selipar yang menggunakan perkataan-perkataan yang biasa kita sebut seperti Facebook,Yahoo,Google dan banyak lagi.Kalau nak tau ori ke tak ori,itu kena tanya tokey la...Harga yang ditawarkan dari RM 10,RM 20 RM 30 dan ke atas.
Bawa keluarga beriadah di Stadium Kajang

Aktiviti riadah yang terdapat di Stadium Kajang

Dalam Kawasan restoran
Bukan nak tolong promote kedai nie,tapi aku cuma tertarik dengan logo dia.Bukan aku dapat komisen punKalau korang yang biasa ke Sate Kajang Hj.Samuri mesti dah pernah sampai ke gerai nie sebenarnya.Lagi satu yang best kat sini,boleh buat aktiviti 3 dalam 1.Petang datang dulu untuk beriadah kat Stadium sebelah tue,lepas tu beli-belah apa-apa yang patut kat gerai sini,bila dah lapar makan sate lak..amacam,best ?

1 comment:

  1. baru terperasan pagi td. brenti kt traffic light trus igt ada konsert raja lawak kat situ. hahaha

    ReplyDelete