Tuesday, May 17, 2011

PANAS BARAN : Bagaimana menanganinya ?

Tip Untuk Menangani Sikap Panas Baran

  • Banyakkan membaca buku-buku motivasi.
  • Kenali diri sendiri dan ketahui faktor-faktor yang boleh menjadi pemicu kepada sikap panas baran itu.Cuba untuk berada dalam kawalan setiap kali faktor tersebut wujud.
  • Ingatkan diri sendiri bahawa apa yang dilakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku ke atas diri kita sendiri pula.
  • Sedar apa yang ada dalam kawalan kita dan apa pula yang tidak.Jika sesuatu itu bukan dalam kawalan kita,maka marah tidak akan mengubah apa-apa.Sebaliknya ia sekadar membawa penat dan meningkatkan rasa tertekan yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.
  • Jika sika panas baran itu sukar dikawal maka perlu temui kaunselor atau pakar psokiatri sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
  • sentiasa berfikiran positif dan katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku itun ada hikmah dan kebaikannya.Dengan cara ini kita telah berjaya alihkan fokus minda dari tertumpu kepada sesuatu yang boleh mencetuskan perasaan baran.
  • Mereka yang panas baran perlu banyak riadah sebab badan yang cergasn membantu akal untuk mengawal emosi.
  • Jaga pemakanan,elakkan dari banyak memakan daging merah.Sebaliknnya lebihkan memakan sayur dan buah-buahan.

Bantuan bagi kurangkan panas baran seseorang.
  • Jangan tambah lagi kemarahan seseorang itu hingga boleh membawa kemudaratan kepada dirinya atau orang sekeliling.
  • Bersabar dengan mereka yang panas baran.Cuba bercakap dengannya dengan nada yang perlahan lagi lembut.
  • Ajar dia beristigfar dan tarik nafas dalam-dalam.
  • Berikan dia segelas air sejuk.
  • Wujudkan kumpulan sokongan yang membolehkan berkumpul berbincang dan meluahkan isi hati.Ada ketikanya menyedari bahawa masalah ini bukanlah masalah kita seorang banyak membantu kita untuk menerima hakikat dan berusaha memperbaiki diri.


Cara mengatasi marah dalam Islam
  • Mengubah Posisi Rasulullah SAW bersabda :"Apabila salah seorang di antara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah ia duduk.Kerana hal ini akan menghilangkan marahnya.Dan kalau tidak,maka hendaklah ia baring."(Riwayat Muslim)
  • Berwuduk Rasulullah SAW bersabda :"Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api,sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah,maka hendaklah ia berwuduk."(Hadis Rowayat Abi Daud).
  • Minum air
  • Mendiamkan diri ketika marah.
  • Berlindung dengan Allah daripada syaitan.
  • Meluahkan perasaan marah dan masalah dalam keadaan masa dan tempat yang sesuai.
  • Berfikiran positif.
  • Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.Elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  • Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  • Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Sumber : ( Utusan Malaysia,13 Mei 2011 )

Monday, May 16, 2011

Lost World Of Tambun

Segalanya memang tak dirancang dari awal..Memang niat hati nak bercuti,tapi tak tahu ke mana..dua minggu sebelum itu terpaksa berkerja berterusan dengan bermacam-macam program sampai langgar hari berhujung minggu bersama keluarga.Tambahan pulak bila isteri satu sekolah.Memang selalunya tak dapat elak la bila ada aktiviti di sekolah.Dengan cuti dua hari yang pendek,kami bergerak ke Ipoh pada hari Jumaat malam..bukan malam jumaat ye.... :)

      Dalam perjalanan,berhenti di RnR Dengkil,bertemu dengan sekumpulan cikgu-cikgu SK Seremban 2 yang dalam perjalanan untuk ber LDP dalam maksud tersirat lain "jalan-jalan makan angin" ke Langkawi bersama rombongan bas...fuiyooo..best la.SK Wawasan tak nak buat ke?Di Ipoh,tiba lebih kurang jam 12.30 malam.Dah janji dengan Rushdee,(bekas guru pelatih di SK Wawasan).Jumpa di sana, "ngeteh" kejap,then check in di Sri Malaysia.Memang dah lewat,tapi nak buat macam mana,semuanya tak planned.

     Siang lepas check out jam 12.30 tgh hari,terus bergegas ke Lost World Of Tambun.Tak de la menarik sangat tapi sebab tak pernah sampai sini,nak jugak bawak family merasa pengalaman di situ.Round dalam tu,bagi anak-anak main air kejap then petang tu jugak bergerak ke Lumut.
Petting Zoo LWOT
memori

main air
LWOT
LWOT
Jam 6.00 petang tiba di Jeti Lumut.Sebelum bergerak menaiki feri ke Pulau Pangkor,isi perut dulu di bandar Lumut.Lebih kurang jam 7.00 malam menaiki feri dan tiba ke hotel penginapan jam 8.00 malam.Walaupun sekejap namun aktiviti yang dipenuhi di pangkor sudah cukup memuaskan..
Bandar Lumut
Welcome
Dalam feri
Mengelilingi pulau menaiki motor



Suasana malam
Mandi laut

mandi sampai terbakar kulit
Kenangan sebelum pulang