Tuesday, October 9, 2012

Gold Coast Morib

Minggu lepas sempat meluangkan masa sebentar untuk berehat di hujung minggu...Di mana ? haa...ni nak bagi tau...tp tengok gambar je la....

Gold Coast Morib Resort

Situ la....Gold Coast Morib...kalian pernah sampai ? Ini first time aku sampai ke Morib...tapi rasanya kecik2 dulu pernah la sekali...dah tak ingat macam mana keadaannya...Rasanya mungkin berbeza kot..Ok,Gold Coast Resort ni aku rasa mungkin baru setahun dua beroperasi.Dan dari apa yang aku lihat,hanya ada 2 buah hotel berhampiran kawasan Morib ini termasuk Gold Coast Morib Resort.Kebanyakannya di sekitar kawasan ini hinggalah ke Sepang adalah kawasan perkampungan Homestay.


Oleh kerana kami mendaftar pada sebelah petang,perkara pertama yang dilakukan selepas 'check in' ialah cari minum petang dulu.Tapi bukan di hotel..saja nak rasa air kat kawasan sekitar Morib ni..tapi nak bagi tau...memang susah nak cari tempat makan,minum mahupun  kedai runcit..inilah salah satu warung yang kami jumpa..ala-ala macam kampung sikit la..tapi nasib baik sedap..Hidangannya?Pelbagai jenis mee..aku layan berger aje..Kalau nak rasa ikan bakar,kat dataran Morib ada jugak.

Ok...selesai minum petang baru ke hotel penginapan.Angkut barang-barang,tukar baju dan terus turun ke taman tema air yang ada di sini..Memang itu yang ditunggu-tungu oleh dua orang anak-anak kami.
Anak-anak dah tak sabar nak main air.


Melayan anak-anak
Seronok la dia orang..
Mamanya jugak yang selamat...tak basah pun.

Ada satu kawasan di pantai belakang hotel ni turut menyediakan sebuah resoran terapung yang dibuka pada waktu malam..memang menarik.Kami sempat singgah sambil mengambil gambar matahari terbenam.Tapi sayang...bawak kamera tertinggal memori kad.Jadi,guna handphone saja la...Oppss,lupa lak..kat resoran terapung tue kurang sesuai sikit la untuk orang Islam,sebab kat situ nak order air arak pun ada jugak..

Inilah kawasannya...


The Pier

Drama la sikit...hehehe...

Atas restoran terapung
Matahari terbenam.. ;)


Pemandangan dari laut...

Puas di kolam dan pantai,masa untuk pulang ke bilik....

Basah...hahaha...lantak la...
 Lepas tue kena bilas badan dengan air bersih pulak...

Turn papa pulak...korang dah sudah tadi...

Sementara nak tunggu pergi makan malam,lepas solat maghrib dan isyak..layan berita dulu...




So lepas ni,pergi makan...tapi kena gerak jauh sikit la...sebab nak perkena ikan bakar...kat sini tak de tempat yang menarik...kita ke bagan lalang sepang,..kira-kira 20 minit dari hotel..( kalau laju la )



Bagan Lalang sepang memang orang dah tau,siapa nak pekena ikan bakar,kena datang situ la.Cuma kena pandai-pandai nak pilih kedai mana yang best.Ok,selesai makan,balik semula ke hotel.Tapi sebelum balik untuk melelapkan mata,singgah dulu ke Dataran Morib,cuci mata kat bazaar malam yang ada beberapa gerai pakaian dan cenderamata lain.Tak beli apa-apapun,tak ada yang menarik,sekadar nak cuci mata.Lagipun tak banyak pilihan.

Menikmati sarapan pagi
 
Gambar di atas adalah semasa kami menikmat sarapan pagi di hotel ini.Apa rasanya ?10 bintang...memang best.Antara yang terbaik dan banyak pilihan.Nampak 2 orang anak kami tue.Tak mandi lagi pun sebab lepas tue nak mandi kat swimming pool lagi katanya.So,sebelum balik,main air lagi....


Main sampai puas...


Pemandangan dari bilik hotel

Ok...nak balik dah...





Friday, September 21, 2012

Apa Buat Hari Nie ?

       Hari nie Sabtu , 22 September 2012, kena ke sekolah. Sekolah Ganti. Maknanya kena datang bekerja. Namun begitu,bila kena datang hari Sabtu ni, tak seperti hari persekolahan seperti biasalah jawabnya. Apa taknya,hari nie saja hampir separuh murid-murid yang tiada di sekolah.

       Sampai pagi tadi saja,dah tengok ada satu bas dedang menunggu depan sekolah nak bawa anak-anak murid ke pertandingan agama di SK batang Benar Nilai.Itu dah mengurangkan sejumlah 40 orang murid di sekolah.Masuk dalam sekolah pula,Tahun 4,5 dan 6 pula dijemput untuk terlibat dengan aktiviti bersama SMK Bukit Kepayang yang bersebelahan dengan SK Wawasan ini. Murid campur dengan cikgu dah separuh tak ada di sekolah ini hari ni. Itu tak campur lagi dengan murid yang tak hadir tanpa diketahui sebabnya lagi..

        Aku diarahkan tunggu di sekolah.Apa nak buat ?Yang tinggal murid2 Tahun 1,2 & 3.Cikgu-cikgunya pun sama juga. Merajuk dengarnya sebab dia orang kena tunggu di sekolah.Ye la,semalam kata kena pakai track suit,ingatkan jalan kaki sama,sudahnya...arahan kena tunggu murid di sekolah..bengkak la hati masing2...sorry la..bukan nak kutuk pengurusan,tapi itulah yang berlaku bila perancangan tak disusun bersama.

      Nasib baik jugak jadual hari ni ikut Hari Jumaat jadi jam 12.00 nanti boleh balik.Duduk lama-lama pun tak boleh nak buat apa. Sebagai profesional sepatutnya tak boleh nak buat kenyataan macam nie,nanti kredibiliti sendiri dan cikgu juga yang kena,tapi kadangkala kena akui juga hakikatnya.Tulisan bukan nak menyinggung sesiapa, hanya sebagai renungan diri sendiri. Mau tau satu hari nanti kot-kot jadi pentadbir.Rezeki siapa tahu kan ?

     So, balik nanti rehatlah dulu..malam may be nak bersosial dengan member kereta.

Thursday, July 26, 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX ---------> Aku tak faham sangat benda nie...jumpa dari Facebook...sesiapa yg tau boleh try...

Monday, April 2, 2012

Gila Kereta " Primerz Masuk Majalah Lagi "

Untuk ke sekian kalinya kelab pemilik-pemilik Proton Perdana masuk majalah lagi..Walaupun empayar jajahan tak seluas mana,namun glamour dalam majalah-majalah auto boleh tahan la...Baru 2 tahun lebih membina kelab ini,Primerz antara beberapa kelab pemilik Proton Perdana yang ada di negara ini.Besar tak semestinya gah,kecil tak semestinya terpinggir...semoga kelab ini akan terus bertahan dan menjadi tali penghubung di antara kelab-kelab serta pemilik-pemilik Proton Perdana yang lain di seluruh negara...


Majalah Gila Kereta edisi April 2012

papaprimerz
My Prime

With my family
My friends
Our prime's
My pride