Wednesday, June 22, 2011

Gunakan segala teknologi yang ada....

   Dulu nak pegang komputer pun orang takut,tp sekarang mahu tak mahu,kita mesti belajar untuk mahir...jangan sampai budak-budak duk tipu kita...Dan kini,teknologi sudah tiada batasan dan sempadan..bukan hanya mengharapkan bila ada komputer sahaja boleh bekerja..sekarang,melalui handphone pun dah boleh buat semua...telefon bukan lagi untuk kegunaan konvensional,buat call,balas sms sahaja...semua boleh dah...masuk data,perbankan,nak explore apa sahaja,semua boleh...kita mesti mencubanya...

Sunday, June 19, 2011

Majlis Pertunangan Nini

       Dah lama rasa tak log in kat blog aku sendiri...tau-tau dah hampir 1100 view,alhamdulillah.Bukan nak kejar bilangan pengunjung pun.Sekadar seronok-seronok dan mengisi masa lapang.Kali ni nak pos peristiwa sekitar majlis pertunangan adik kepada isteriku pada cuti sekolah bulan Jun yang lalu.Sambutan yang sederhana tapi masih meriah.
        Mungkin sedikit sedih adalah kerana peristiwa yang tidak dijangka iaitu mak mertua ku tiba-tiba dimasukkan ke hospital dalam keadaan yang agak uzur.Bagaimanapun majlis yang telah dirancang tetap diteruskan jua.Berbagai-bagai peristiwa lain juga diduga terutama isteriku,namun kesabaran mengatasi segala-galanya.Inginku berkongsi beberapa gambar yang ku ambil sebagai kenang-kenangan bersama keluarga isteri dan rombongan pertunangan dari Sepang.
Bakal ibu mertua Nini menyarungkan cincin

Bapa mertuaku ( bersongkok ) bersama keluarga pihak lelaki
Pelamin dan hantaran pihak perempuan
Rombongan pihak lelaki
Nini
Nini dan Wan
Koleksi hantaran
Isteriku bersama kakak-kakanya antara yang paling sibuk.
Bantu ambil gambar sahaja..
Anakanda ku Aeryl