Thursday, September 22, 2011

Pengubahsuaian Tanpa Kelulusan JPJ

         Kegemaran masyarakat kita hari ini untuk membuat pengubahsuaian pada kenderaan masing-masing tidak dapat dinafikan.Lihat sahaja pelbagai aksesori yang terdapat di pasaran.Pelbagai bentuk,pelbagai gaya.Tidak salah jika ingin membuat pengubahsuaian tetapi harus diingat,pengubahsuaian yang keterlaluan boleh mendatangkan musibah kepada diri anda sendiri dan tidak mustahil pada orang lain juga.

         Walaubagaimanapun,bagi mereka yang masih berminat membuat pengubahsuaian pada kenderaan,terdapat beberapa perkara perlu diketahui sama ada pengubahsuaian tersebut mengikut prosuder yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau tidak.Ada sesetengah pengubahsuaian memerlukan pengesahan daripada JPJ contohnya seperti menukar enjin,pengubahsuaian bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan dan lain-lain lagi.Namun ada pengubahsuain boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ.

           Antara pengubahsuaian atau pemasangan yang dibenarkan adalah yang tidak memberikan kesan kepada ciri-ciri,kestabilan dan keselamatan kenderaan seperti berikut :
            1.   Pemasangan 'air spoiler' di bahagian hadapan dan belakang.
            2.   Pemasangan 'side skirt','aerofoil' dan 'door visor' pada kereta.
            3.   Pemasangan 'protecting guards' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
            4.   Pengubahsuaian kecil pada 'radiator grilles','bonet' atau bentuk serta reka bentuk lampu-lampu.
            5.   Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan 'bumper' besar (sama ada jenis keluli atau gentian
                  kaca) pada bahagian hadapan dan belakang.
            6.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
            7.   Pemasangan para bumbung.
            8.   Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu brek penunjuk arah (berwarna
                  amber).
            9.   Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada
                  bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
            10. Pemasangan pengadang angin,penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada
                  bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang
                  motosikal.

          Namun begitu,sekiranya pemasangan aksesori seperti dinyatakan terdapat pada kenderaan anda ia haruslah berlandaskan peraturan-peraturan berikut :
            1.  Sekiranya air spoiler,aerofoil atau side skirt dipasang,ia tidak boleh melebihi 150mm diukur dari
                 bahagian luar tayar belakang.
            2.  Sekiranya door visor dipasang,ia tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
            3.  sekiranya rim atau tayar lebar digunakan,ia mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau           flaps.
            4.  Sekiranya protecting guards dipasang,ia tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan.Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
            5.  Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang,lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
            6.  Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing
                diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
            7. Sekiranya para bumbung dipasang,ia tidak boleh melebihi panjang bumbung,atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teras para bumbung.

            Walau bagaimanapun,pengubahsuaian kecil dan pemasangan kasesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan seperti yang dinyatakan di dalam Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan)Peraturan 1959 atau Kenderaan Bermotor (Pembinaan,Peralatan dan Pengunaan) Peraturan 1988.

            Spesifikasi ini dekeluarkan agar pengguna tidak sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan pengguna lain.Berfikir dulu sebelum bertindak mampu menyelamatkan nyawa.

No comments:

Post a Comment