Maulidur Rasul 1432 H / 2011 M


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
menuju ke Dewan Besar
Bagi seluruh warga SK Wawasan Seremban 2 juga tidak pernah lupa untuk menyambut hari yang penuh bersejarah ini setiap tahun.Pada hari ini,15 Rabiul Awal 1432H bersamaan 18 Februari 2011,sambutan yang serupa turut dilakukan.Seluruh warga terlibat samaada guru mahupun murid.

Acara dimulakan pada jam 10.00 pagi setelah murid-murid dan guru-guru menikmati jamuan yang disediakan.Bermula dengan berkumpul di dataran terbuka,murid-murid serta guru kemudiannya berarak mengelilingi sekolah menuju ke Dewan Besar.(murid-murid tidak dibawa berarak di luar mungkin atas faktor keselamatan)

Antara kain rentang yang dihasilkan 
Dengan diiringi paluan kompang dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW,mereka berarak bersama-sama dengan sepanduk dan kain rentang yang dihasilkan sendiri oleh para pelajar.Setibanya di Dewan Besar,murid-murid dan guru-guru berkumpul untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul dari sukarelawan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) iaitu ustaz-ustaz lulusan Al-Azhar di Mesir yang pulang ke Malaysia berikutan tragedi yang menimpa Mesir ketika ini.

Walaupun masih muda,ternyata apa yang disampaikan oleh ustaz itu amat menarik perhatian.Terasa rugi kerana tidak dapat bersama sehingga penghujung majlis.Namaun seperti biasa,pasti ada juga perkara yang mengecewakan.Selain tidak mendapat sambutan keseluruhan warga sekolah untuk bersama-sama (mungkin sibuk dengan tugas masing-masing agaknya?) murid-murid juga tidak memberikan tumpuan sepenuhnya.

Mendengar ceramah
Tak tahulah bila nak berubah.Setiap kali menjemput penceramah,tidak kira dari luar atau guru-guru sekolah ini sendiri,masalah kebisingan seakan tiada penghujungnya.Sebagai guru sekolah ini,pastinya kami berasa malu jika setiap kali membawa penceramah jemputan,murid-murid tidak dapat menunjukkan disiplin yang baik ketika ceramah atau apa-apa program sedang dijalankan.Apapun semoga tahun 2011 ini segala yang negatif itu akan semakin berkurangan,insyaallah.

Anakandaku Tasya (tudung kelabu) pertama kali sambut di sekolah
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H.