Saturday, February 26, 2011

Anakku Sayang atau Ibubapaku Sayang ?

        Alhamdulillah,tanggal 25 Februari 2011 iaitu hari Jumaat yang lalu,satu lagi program aku bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Wawasan dengan kerjasama semua rakan-rakan di sekolah telah berjaya dilaksanakan.Ini adalah program kedua yang besar oleh unit ini pada tahun ini.Insyaalah program-program lain akan menyusul lagi selepas ini.

       Program yang diberi nama Anakku Sayang ini diberi fokus utama kepada murid-murid pemulihan dan kehadiran kurang ke sekolah selain menjurus kepada ibubapa penjaga dalam membantu guru-gurudi sekolah untuk membimbing anak-anak mereka yang lemah.Selalunya,program-program di sekolah melibatkan murid-murid yang cemerlang sahaja.Akan tetapi kali ini,murid-murid pemulihan ini tidak mahu diketepikan.

Taklimat program
Aktiviti permainan
      Buat julung kalinya program ini diadakan,aturcara yang begitu istimewa disediakan untuk ibubapa.Bermula jam 5 petang,program ini dimulakan dengan kehadiran para pelajar untuk mendaftarkan diri seterusnya mengikuti acara sukaneka yang telah diberi tanggungjawab kepada Cikgu Azli untuk menguruskan aktiviti ini.Acara ini berjalan dengan amat baik sehingga para pelajar,guru-guru mahupun ibubapa berasa amat teruja.Tidak lupa juga penghargaan diucapkan kepada guru-guru pelatih yang banyak membantu.

tiup tepung
lagi permainan
     Selesai aktiviti jam 6.30 petang,murid-murid ini berhenti untuk rehat dan minum petang sebelum menyalin pakaian untuk aktiviti sebelah malam.Pada jam 7.00 malam,aktiviti dibahagikan kepada dua kumpulan.Untuk murid-murid bukan Islam mereka mengikuti ceramah oleh En.Arul Das,guru motivator dari SJKT Cairo,Mantin,manakala untuk murid-murid islam mereka mengikuti program Solat Maghrib,bacaan Yassin dan Solat Isyak di surau bersama ibubapa dan guru-guru.

Minum petang
    Selesai kedua-dua aktiviti ini pula,kesemua mereka yang dijemput ini telah dibawa ke dewan.Untuk murid-murid ke dewan terbuka untuk aktiviti membuat kad ucapan untuk ibubapa manakala ibubapa pula di bawa ke Dewan Besar untuk acara khas makan malam dan ceramah keibubapaan untuk murid-murid pemulihan bersama Pn.Yang Rokiah bt. Ahamad,guru pakar pemulihan peringkat kebangsaan.Majlis berlansung agak santai,ala-ala makan malam di hotel dengan hadirin dijamu di meja-meja yang disediakan.Di samping itu,hadirin juga turutdihiburkan dengan persembahan selingan oleh koir pelajar-pelajar kelas pemulihan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu 'Cari Jodoh'(Wali Band) dan 'Kalau Berpacaran'(Suhaimi Mior Ahamad,Ana Raffali,Ultimet).persembahan yang hebat oleh murid-murid pemulihan ini.Terima kasih kepada guru-guru yang melatih mereka.

Ceramah moral oleh En.Arul Das
Majlis bacaan yassin 
     Menjelang jam 10.00 malam program yang dijalankan bersurai.Lega,segala yang dirancang berjaya ditamatkan.Namun masih ada kekurangan di sana sini yang masih boleh diperbaiki.Kepada ibubapa juga mohon sekali lagi bantu la kami para guru-guru dalam membantu memperbaiki pelajaran anak-anak anda.Yang setia menunggu pada malam itu amat dihargai.Akan tetapi ada segelintir ibubapa yang keluar setelah makan tatkala para penceramah sedang memberikan ucapan.Agak kecewa dan sepatutnya perkara itu tidak berlaku kerana kami sentiasa untuk membantu anda demi kemajuan anak anda juga.Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi.
Majlis makan malam yang berlansung di dewan besar
Majlis Makan Malam bermula

Persembahan murid-murid pemulihan
Pn.Yang Rokiah bt. Ahmad
    Akhirnya,saya sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat untuk menganjurakan program pada hari tersebut.Andai kata ada kekurangan di sana sini saya memohon maaf.terima kasih semua.... ;-)

Wednesday, February 23, 2011

TALIAN INFO NEGERI SEMBILAN

Gambar Hiasan
PIHAK BERKUASA TEMPATAN                      KECEMASAN
MP Seremban             06-7620004                      JPAM                    06-7672386                               
MP Nilai                       06-7996200                      BOMBA                06-7614444
MP P.Dickson             06-6471335                       HOSPITAL            06-7684000
MD Rembau                06-6851144                       TELEKOM             06-7651088
MD Jelebu                   06-6136479                       TNB                      06-7652150
MD Kuala Pilah           06-4812075                        JBA                      06-7653000
MD Jempol                  06-4585435
MD Tampin                  06-4411601
Yayasan Negeri           06-7628046                     HOSPITAL
Sembilan                                                          T.A.Najihah           06-4818001
Majlis Agama Islam     06-7620642/3                   Port Dickson        06-6626333
                                                                        Tampin                 06-4411511
PEJABAT DAERAH DAN TANAH                  Jelebu                   06-6136562
Seremban                     06-6032200                    Jempol                 06-4592000
Rembau                         06-6852884
Jelebu                            06-6136213                 ADUAN PENGGUNA
Kuala Pilah                    06-4843631                  KPDNHEP              06-7630911
Jempol                           06-4585200                 SPRM                     06-7620522
Tampin                           06-4421229                 Biro Pengaduan       06-7659900
                                                                       Awam


POLIS                                                                               BALAI POLIS
IPD                                  06-6033222               IPD Tampin              06-4411222
IPK                                  06-7682222               IPD Rembau             06-6852222
JPJ                                  06-6752150               IPD P.Dickson          06-6472222
Polis Tafik                        06-6033394               IPD Jelebu                06-6136222
                                                                       IPD Jempol               06-4541222
                                                                       IPD Kuala Pilah        06-4811222



Tuesday, February 22, 2011

Sepanyol Mendarat Di Wawasan

Gerun jugak bila mula-mula tengok jersi dia orang ari tu..Jersi Sepanyol tue..Tambahan pulak bila dia orang datang berkonvoi dengan beberapa parent yang mengiringi anak masing-masing untuk perlawanan persahabatan antara anak-anak murid aku di SK Wawasan bertemu pasukan dari Vision Homes S2 itu.Kumpulan aku masa tu pulak,aku dengan isteri dan anak-anak saja,nasib baik cikgu Shahrol datang,ada jugak la geng nak sorak kat tepi padang tu.

SK Wawasan
Bertempat di padang SK Wawasan pada 20 Februari jam 4.30 petang,satu perlawanan di atur bersama mereka.Sebenarnya baru dua hari dikumpulkan budak-budak wawasan ni.Petang jumaat pemilihan,pagi Sabtu berlatih dan petang ahad friendly game.Macam skuad K.Rajagobal lak rasanya..skuad bidang terjun.Namun begitu,pemain-pemain yang dipilih juga adalah dari pasukan sebelum ini,cuma menambah bilangan pemain sedia ada.
Vision Homes

Perlawanan ini juga sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang dianjurkan untuk para pelajar sekolah pada masa hadapan.Dah lama tak berlatih.Dah lama jugak tak berpeluh.Ingat tahun ni nak gerak semula la team bola ni.Macam biasa la,jadi coach je.Nak main sangat pun dah tak berapa nak aktif dah.

Disebabkan perlawanan itu juga,ada beberapa pasukan yang sudah pelawa untuk buat friendly game lagi.Insyaallah,minggu ini dan minggu hadapan ada dua game lagi.Pada perlawanan kali ini,jaringan bukanlah ukuran.Walaupun menang dengan jaringan 10-0,secara keseluruhan permaian belum memuaskan.Banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki terutama bahagian tengah dan penyudah yang agak tumpul.Pemain-pemain juga akan kurang bertenaga,mungkin kerana kurang latihan.

Ini adalah antara beberapa foto yang dapat dirakamkan semasa perlawanan persahabatan tersebut.


taklimat sebelum perlawanan bermula
Bermula


Antara ibubapa yang datang memberikan sokongan
Perlawanan berehat sebentar
susun semula

Bersama Cikgu Shahrol
Aeryl ( Man City ) mesti tak tinggal bola bersama Aie.. 
Coach Vision Homes
Antara aksi di padang

adoiii la....

Saturday, February 19, 2011

Ambil Risiko Untuk Makan

Gambar longgokan tong gas di lokasi yang disebutkan
Bukan sekali dua pergi kedai ni.Dan bukan seorang dua jugak yang datang.Ramai.Tapi tak tak tahulah mereka perasan atau tidak yang risiko yang mungkin berlaku seandainya bencana melanda kedai ini.Cuba anda lihat gambar di atas.Walaupun gambar agak kurang jelas kerana diambil menggunakan Blackberry,tapi sudah cukup jelas bahawa itu sebenarnya adalah longgokan tong-tong gas memasak yang diletak di bahagian belakang restoran tersebut.


Rasa musykil jugak,ini restoran makan 24 jam ke kedai beraneka 24 jam?Macam mana boleh diletakkan berbelas-belas tong gas memasak kat dalam tu?Di kedai runcit yang selalu aku beli gas pun tak sebanyak itu gas yang dia orang jual.Kalau di rumah dengan hanya satu tong gas sahaja sudah cukup untuk meletupkan bahagian dapur dengan letupan yang kuat,kalau banyak nie,memang lagi dahsyat letupan yang bakal dihasilkan.Dahsyat.....


Mungkinkah aku yang tak pernah tengok situasi macam ni?Ataupun anda semua dah biasa lihat di restoran-restoran yang lain dengan keadaan seperti ini?Kalau ini sesuatu yang biasa,memang pelik bin ajaib.


Aku berharap tak ada apa-apa la yang akan berlaku kepada restoran itu kerana walaupun sedar tentang situasi ini,aku masih lagi datang ke situ.Orang lain pun sama.Cuma apa yang diharapkan,pemilik restoran ini mengambil kira aspek keselamatan pelanggannya di samping menjalankan perniagaan untuk mencari keuntungan.

Friday, February 18, 2011

OPS 3K

Antara masalah yang sering di hadapi di luar perkarangan sekolah Kompleks Sekolah Wawasan Seremban 2 sejak bertahun-tahun yang lalu ialah masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak iaitu waktu datang dan balik sekolah.Situasi menjadi lebih buruk bila ada penjaga yang meningglkan kenderaan mereka semata-mata untuk menghantar anak ke dalam kawasan sekolah sehingga menghalang laluan kenderaan lain.Keadaan ini selalu menjadi rungutan banyak pihak termasuk ibubapa dan guru-guru.

Satu lagi perkara yang turut menjadi masalah ialah kehadiran peniaga-peniaga yang menjual makanan ringan kepada murid-murid sekolah dengan meletak meja dan ada juga yang meniaga menggunakan lori serta motosikal.

Antara peniaga-peniaga tanpa kebenaran
Keadaan itu menyebabkan pengurusan Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 dan SJKT Convent mengambil langkah bersama dengan beberapa agensi penguatkuasaan untuk mengatasi masalah tersebut.Pada 13 Februari 2011 yang lalu,pihak sekolah telah meminta kerjasama dari PIBG,unit Trafik PDRM,Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Seremban untuk menjalankan Ops 3K bagi melancarkan pergerakan kenderaan di kawasan hadapan sekolah serta membendung masalah peniaga-peniaga gerai.
Keadaan waktu balik sedikit lengan dengan kehadiran PDRM

Tuesday, February 15, 2011

SK Wawasan diserang TV3 !

Habis basah kuyup...dari budak-budak,cikgu,Guru Penolong Kanan sampai la Guru Besar tak dapat lari dari kena simbah air..Haaa..itu la penangannya bila geng-geng TV3 School Attack datang ke sekolah.
Bila?!!...25 October 2010 yang lalu...

pinjam van sekejap
Memang kenangan itu tak akan dilupakan oleh semua warga SK Wawasan tahun 2010.Ditambah pula bila rancangan tersebut disiarkan dikaca televisyen menjelang bulan Februari Tahun 2011 ini.Setelah sekian lama tertanya-tanya bilakah rancangan itu akan disiarkan,akhirnya kemunculan yang ditunggu menjelma juga bilamana rakaman itu disiarkan melalui slot "School Attack" pada hari Sabtu dua minggu berturut-turut.
bersama Munir
bersama Nani Mentor

Perasaan bangga dan seronok menyelubungi semua warga SK Wawasan sama ada pada hari program berlansung tambahan lagi bila rakaman itu disiarkan di kaca televisyen.Krew-krew "TV3 School Attack" turut sama membawa beberapa selebriti tempatan untuk memeriahkan program tersebut antaranya ialah Nani Mentor,Comel "Hotelmania" dan Munir "Phyne Ballerz".

krew yang happening
cikgu dengan murid sama je kena
Dengan kehadiran krew-krew tersebut,seluruh warga SK Wawasan tidak melepaskan peluang untuk mengabdikan gambar-gambar kenangan bersama mereka.Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakamkan.Sungguh meriah.Dia orang memang "gila" dan "happening"... ;-)Buat rakan-rakan guru,apa kata korang jemput pulak dia orang datang sekolah kalian..Best!!!!



makan dulu
"pose"
Bergambar bersama Guru Besar

isi air dulu..
ambik kau,basah...hahahaha
Tasya pun sempat posing lagi
jumpa lagiiii....

Sunday, February 13, 2011

Cegah Perbuatan Sambut Hari Kekasih

Gambar hiasan.
Boleh dikatakan,tarikh 14 Februari setiap tahun yang sinonim dengan sambutan Hari Kekasih atau 'Valentine's Day' ditunggu kebanyakan pasangan kekasih dengan alasan bagi menzahirkan rasa cinta yang bersemi.Malah seiring dengan sambutan Hari Kekasih hari ini,banyak ulama yang putus asa mengingatkan umat Islam,khususnya remaja,tidak terikut-ikut dengan sambutan itu,apatah 'meraikan' dengan kekasih hingga terlanjur kerana ia bertentangan dengan agama Islam dan menjurus kepada maksiat dan perzinaan.
Gambar sekadar hiasan.

Budaya menyambut Hari Kekasih di negara kita boleh dikatakan meluas apabila masih ramai pasangan kekasih menggunakannya untuk 'menzahirkan' rasa cinta hingga terlanjur dan paling teruk menghasilkan benih anak luar nikah.Sungguh menyedihkan melihat anak muda Islam beria-ia menyambutnya penuh bangga,malah menunggunya setiap tahun.

Rasullullah SAW pernah berpesan yang bermaksud :"Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum,ia termasuk bersama golongan itu."

Saidina Umar Al-Khattab pernah menyatakan :"Kita adalah satu bangsa dan golongan yang dimuliakan Allah apabila kita berpegang kepada ajaran Islam.Namun jika kita mencari kemuliaan selain daripada cara Islam,sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan."

Generasi muda sepatutnya sedar dan insaf beramal dan mengikut budaya selain Islam,terutamanya dalam meraikan hari tertentu,boleh menjejaskan akidah dan menghakis keluhuran budaya tempatan.Ingatlah firman Allah dalam Surah Faathir,ayat 8 yang bermaksud :"Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia memandangnya dan mempercayainya baik."

Sesungguhnya generasi muda akan mengalami kerencatan pada masa depan jika mereka dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat.

Sama-samalah kita mencegah perbuatan menyambut Hari Kekasih bagi mengelak maksiat yang mengundang perzinaan yang dikhuatiri menambah bilangan anak luar nikah yang akhirnya mengundang jenayah lain seperti pembuangan bayi.

( Sumber : Metro Ahad,13 Februari 2011 )

Saturday, February 12, 2011

The Winner of 'School Got Talent'

Sudah hampir setahun berlalu.Tiga bulan yang lalu pula pemenangnya diumumkan yang mana Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 diumumkan sebagai Johan bagi Pertandingan menghasilkan video "School Got Talent" yang dianjurkan oleh SKMM,Telekom Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Piala kemenangan

Saat menantikan pemenang diumumkan
Pemenang telah diumumkan
Hadiah-hadiah yang dimenangi
Hasil penat lelah dan kerjasama seluruh warga sekolah maka terhasillah video yang diberi jodol "Ber 1 Juo" sehingga memberikan salah satu kejayaan yang dikecapi oleh Sekolah Kebangsaan Wawasan dalam tahun 2010.Memang tak dinafikan kerjanya amat memenatkan walaupun cuma menghasilkan video yang berdurasi 5 mint sahaja.Agaknya kalu buat filem atau drama lagi tak tido empat, lima malam.

Bersama rakan-rakan ahli lembaga pengarah
Hadiah cenderahati
Anak-anak join sekali
Nasi Arab..best !
Penat memang penat namun hasilnya amat memuaskan semua pihak.Semua warga bersama-sama membantu untuk memastikan kejayaan berpihak kepada sekolah kami.Ini adalah kerana penilaian untuk mencari pemenang pertandingan ini bukanlah di tangan pihak juri 100 %.Ianya sama seperti pertandingan realiti tv juga yang memerlukan undian penonton.Bagaimanapun undian dibuat melalui undian online dan bukanlah sms.

Namun dalam keseronokan menunggu diumumkan sebagai pemenang,ada juga kelakarnya.Ini kerana semua menyangkakan kami akan memenangi hadiah wang tunai RM 10,000.00.Tanpa disedari rupa-rupanya dalam syarat pertandingan termaktub bahawa hadiah untuk Johan adalah barangan elektronik bernilai RM 10,000 dan bukannya dalam bentuk wang tunai.Maka hancurlah hati yang dah berangan-angan nak berjalan ke Langkawi dan sebagainya dengan wang RM10,000.00 itu.Hahahaha....
Menerima cenderamata 

Tetapi tak mengapa.Yang penting SK Wawasan tetap johan.Hadiah diterima pula ialah lima unit notebook,satu printer,lima mp4 berserta piala.Alhamdulillah.Sebagai penghargaan kepada para pelakon,mereka diberi seunit mp4 setiap seorang.Cikgu?Tak ada apa lah...cukup bulan terima gaji.

Namun setelah tiga bulan berlalu,masih juga sempat meraikan kemenangan tersebut bersama barisan guru-guru merangkap pengarah bersama yang menghasilkan video "Ber 1 Juo".Alhamdulillah,entah dari mana datang rezekinya itu,semua kami meraikan diri sendiri di Restoran Nasi Arab Damsyik di Senawang,Negeri Sembilan.