Saturday, February 26, 2011

Anakku Sayang atau Ibubapaku Sayang ?

        Alhamdulillah,tanggal 25 Februari 2011 iaitu hari Jumaat yang lalu,satu lagi program aku bersama Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Wawasan dengan kerjasama semua rakan-rakan di sekolah telah berjaya dilaksanakan.Ini adalah program kedua yang besar oleh unit ini pada tahun ini.Insyaalah program-program lain akan menyusul lagi selepas ini.

       Program yang diberi nama Anakku Sayang ini diberi fokus utama kepada murid-murid pemulihan dan kehadiran kurang ke sekolah selain menjurus kepada ibubapa penjaga dalam membantu guru-gurudi sekolah untuk membimbing anak-anak mereka yang lemah.Selalunya,program-program di sekolah melibatkan murid-murid yang cemerlang sahaja.Akan tetapi kali ini,murid-murid pemulihan ini tidak mahu diketepikan.

Taklimat program
Aktiviti permainan
      Buat julung kalinya program ini diadakan,aturcara yang begitu istimewa disediakan untuk ibubapa.Bermula jam 5 petang,program ini dimulakan dengan kehadiran para pelajar untuk mendaftarkan diri seterusnya mengikuti acara sukaneka yang telah diberi tanggungjawab kepada Cikgu Azli untuk menguruskan aktiviti ini.Acara ini berjalan dengan amat baik sehingga para pelajar,guru-guru mahupun ibubapa berasa amat teruja.Tidak lupa juga penghargaan diucapkan kepada guru-guru pelatih yang banyak membantu.

tiup tepung
lagi permainan
     Selesai aktiviti jam 6.30 petang,murid-murid ini berhenti untuk rehat dan minum petang sebelum menyalin pakaian untuk aktiviti sebelah malam.Pada jam 7.00 malam,aktiviti dibahagikan kepada dua kumpulan.Untuk murid-murid bukan Islam mereka mengikuti ceramah oleh En.Arul Das,guru motivator dari SJKT Cairo,Mantin,manakala untuk murid-murid islam mereka mengikuti program Solat Maghrib,bacaan Yassin dan Solat Isyak di surau bersama ibubapa dan guru-guru.

Minum petang
    Selesai kedua-dua aktiviti ini pula,kesemua mereka yang dijemput ini telah dibawa ke dewan.Untuk murid-murid ke dewan terbuka untuk aktiviti membuat kad ucapan untuk ibubapa manakala ibubapa pula di bawa ke Dewan Besar untuk acara khas makan malam dan ceramah keibubapaan untuk murid-murid pemulihan bersama Pn.Yang Rokiah bt. Ahamad,guru pakar pemulihan peringkat kebangsaan.Majlis berlansung agak santai,ala-ala makan malam di hotel dengan hadirin dijamu di meja-meja yang disediakan.Di samping itu,hadirin juga turutdihiburkan dengan persembahan selingan oleh koir pelajar-pelajar kelas pemulihan dengan nyanyian dua buah lagu iaitu 'Cari Jodoh'(Wali Band) dan 'Kalau Berpacaran'(Suhaimi Mior Ahamad,Ana Raffali,Ultimet).persembahan yang hebat oleh murid-murid pemulihan ini.Terima kasih kepada guru-guru yang melatih mereka.

Ceramah moral oleh En.Arul Das
Majlis bacaan yassin 
     Menjelang jam 10.00 malam program yang dijalankan bersurai.Lega,segala yang dirancang berjaya ditamatkan.Namun masih ada kekurangan di sana sini yang masih boleh diperbaiki.Kepada ibubapa juga mohon sekali lagi bantu la kami para guru-guru dalam membantu memperbaiki pelajaran anak-anak anda.Yang setia menunggu pada malam itu amat dihargai.Akan tetapi ada segelintir ibubapa yang keluar setelah makan tatkala para penceramah sedang memberikan ucapan.Agak kecewa dan sepatutnya perkara itu tidak berlaku kerana kami sentiasa untuk membantu anda demi kemajuan anak anda juga.Semoga perkara ini tidak akan berulang lagi.
Majlis makan malam yang berlansung di dewan besar
Majlis Makan Malam bermula

Persembahan murid-murid pemulihan
Pn.Yang Rokiah bt. Ahmad
    Akhirnya,saya sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat untuk menganjurakan program pada hari tersebut.Andai kata ada kekurangan di sana sini saya memohon maaf.terima kasih semua.... ;-)

No comments:

Post a Comment