Thursday, June 18, 2020

Salahku

https://youtu.be/HDL9qnqksTw

Ku hanya ikut hati yang berkata benar.
Maafkan aku.
Aku tau tak semua orang suka.

Sunday, May 17, 2020

SELAMAT HARI GURU 2020

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU


Ini norma baru. Buat pertama kalinya sambutan Hari Guru dilakukan secara dalam talian atau sevara maya oleh mana-mana insan yang bergelar guru. Belum pernah rasanya terjadi suasana seperti ini sebelum ini.

Alhamdulillah, hari ini telah berlansungnya majlis sambutan serba ringkas tapi sangat bermakna buat semua yang bergelar "cikgu" di SK Batang Benar, Mantin, Negeri Sembilan.

Perhimpunan yang dijalankan melalui aplikasi Google Meet ini bermula jam 10.00 pagi , 18 Mei 2020 dan disertai oleh En.Sabaruddin bin Ab Rahman, Guru Besar SK Batang Benar, En.Khairul Azmi bin Yahya, YDP PIBG, barisan pentadbir, guru-guru serta beberapa orang wakil murid yang turut memberikan ucapan dan persembahan.

Berikut sedikit paparan gambaran perjalanan program tersebut.


Acara yang serba ringkas tapi bermakna turut diselitkan dalam aturcara.


Dah lama tak ber Hari Guru di sekolah, kali ini aku dah bersedia nak bersama-sama dengan perasaan bangga dan gembira tapi dalam suasana yang sangat berbeza. Laptop dah sedia, line je kadang-kadang semput....huhuhu...

Dia orang kata nak tema pelangi, tapi pelangi tak keluar lagi....hihihi....

Alhamdulillah, penyertaan hampir kesemua guru bersama-sama dalam perjumpaan ini. maklumlah... ini akan jadi suatu sejarah sepanjang bergelar guru nanti.

Ramai kan ...?
Terima kasih GB

Wakil Murid
Sempat 3 bulan aku bertugas penuh di SK Batang Benar, baru nak kenal semua, tiba-tiba kena PKP sampailah sekarang PKPB pula. Tak dapat masuk sekolah. Mungkin ini semua ada hikmah di sebalik yang berlaku. Kita doakan yang terbaik untuk semua warga SKeBB.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Tuan GB, YDP PIBG, Barisan Pentadbir, Guru-guru, anak-anak murid yang terlibat serta khususnya kepada Jawatakuasa Sambutan Hari Guru 2020 SK Batang Benar.

Bersedia untuk norma baru seterusnya. Semoga keadaan akan menjadi bertambah baik.
 
"Hebat. Fokus. Cemerlang."

Kepada rakan-rakan, 
SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.



Helmy Muhammad.
18 Mei 2020.


Thursday, January 2, 2020

SABAR ITU INDAH


"Alamak, takde parking pulak !"

Parking punya pasal pun boleh buat kau jadi hilang pertimbangan. Mulalah sifat negatif seperti marah, geram dan sakit hati mula timbul. Itulah sebahagian sifat sebenar manusia. Dan tak terkecuali juga aku.

Manakan tidak, sudahlah terpaksa berpusing berkali-kali untuk kau dapatkan tempat, tiba-tiba orang lain masuk dulu parking yang kau nak tuju... mau tak mengamuk.

Tapi... kena tau juga, manusia ni masih ada sifat positif dalam diri. Kena belajar untuk sabar. Memanglah tengah marah. Sama macam aku. Tiba-tiba rasa tak boleh nak kawal. 3 minit, 5 minit pertama terkeluar jugak suara nada-nada geram.

Akhirnya aku fikir kalau aku menjerit sekalipun bukannya parking tu tiba-tiba jadi sedia khas untuk aku pun. Aku bukan VIP... "Eh, kau siapa nak demand ?"

Sudahnya kena tarik nafas dalam-dalam dan kena sabar. Kena fikir mungkin belum rezeki kita untuk dapat parking tu.

Rezeki tu pula bukannya kena tunggu je sebab kadangkala kau kena usaha untuk dapatkan, kadangkala kau kena harap ihsan orang untuk bantu dan akhir sekali semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa.

Sekali lagi jawapan akhirnya ialah sabar. Kalau nak parking selesa kena bayar lebihlah.

Haaa.... lega, aku dapat parking kat luar tadi. Bayar pakai kupon je.. murah sikit 😁

Jom... dah boleh jalan dah... selamat hujung minggu.

Sunday, December 15, 2019

BIAR KITA USAHA, JANGAN TIKAM KAWAN


Malam tadi terjumpa sahabat lama di kedai makan. Kebetulan jumpa dua orang sahabat sekaligus. Mereka dan aku datang dengan keluarga masing-masing.

Bertanya khabar dan bercerita hal masing-masing sampai sudahnya tak sempat aku nak ke KL sebab dah agak lewat malam. 🤣🤣🤣

Yang seorang sahabat ni dah jadi YB (Yang Bersara) sebab dah pencen. Tengok muka pun dah macam artis, hampir aku tak kenal. Rambut sedikit panjang dan berjambang. Anak aku kata muka dah macam Remy Ishak...seronok betul jadi orang pencen ni kan ? Semoga bro akan terus sihat dan gembira menghadapi hari-hari persaraan ini.

Then, aku kata kat anak aku, " Takpe, papa pencen nanti papa jadi macam Zul Ariffin pulak "... kan papa ni menantu pak Ariffin 😁

Kemudian jumpa lagi seorang sahabat. Dia baru turun flight dari Kota Bharu. Singgah makan malam kat tempat sama aku makan ni.

Dia suami isteri rakan kepada aku dan isteri juga. Dengan mereka ni lagi banyaklah ceritanya sampai anak aku menggelupur takut lambat nak ke KL. Maklumlah cuti sekolah, macam-macamlah "plan" nya.

Dengan bro yang sorang ni, beliau masih lagi berkhidmat, (umurnya kira dia pangkah abang kepada aku) banyak juga yang kami sembang termasuk berkisar hal-hal kerja.

Yang paling aku akan ambil pusing apa yang dia cakap ialah tentang satu perkara.

Katanya, "Takde masalah kalau kita baik macam mana sekalipun dengan bos walaupun orang lain tak suka bos kita. Saya ni pun baik juga dengan bos saya walaupun orang kata dia tu tegas. Tapi kita ni janganlah gunakan bos kita tue untuk kita NAIK dan tindas orang lain. Sepatutnya biarlah kita neutralkan bos kita untuk layan orang lain sama rata."

Fuhhhh... bang, aku respect kau. Walaupun kita semua bukan sempurna, tapi kita mesti ada pendirian yang akhirnya akan buatkan orang hormat kembali kepada kita.

Doa orang lain kepada kita juga amat bermakna kan ?


Sunday, March 26, 2017

RAHSIA KEIBUBAPAAN ( MENURUT PANDANGAN SEORANG PENDIDIK)

Mengurus anak-anak zaman sekarang tidak serupa lagi zaman 60an, 70an, mahupun 80an yang lalu. Pendekatan yang harus dilakukan sedikit sebanyak perlulah sedikit berbeza walaupun sebenarnya ia tidak lari dari peranan dan tanggungjawab ibubapa yang lazimnya dilakukan sejak dahulu lagi.

Apa yang saya tulis ini bukanlah dari seorang pakar dalam bidang keibubapaan. Saya hanya ingin berkongsi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebagai anak, bapa, guru dan kini pegawai yang menguruskan hal ehwal disiplin murid di sebuah negeri.

Berikut merupakan antara ciri-ciri yang saya rasa boleh dijadikan panduan dalam pengurusan keibubapaan.

1. BERIKAN KASIH SAYANG DAN PERHATIAN KEPADA ANAK.
        Perkara yang paling utama dan perlu didahulukan oleh ibubapa dalam menguruskan anak-anak mereka ialah dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya. Hal ini perlu dimulakan seawal usia mereka 1tahun lagi. Jangan mula berhenti walau kita telah bertambah zuriat atau anak-anak ini meningkat usianya. Kasih sayang juga harus dilengkapkan dengan perhatian kepada setiap ucapan atau tingkah laku anak-anak kita. Ramai dikalangan ibubapa masa kini gagal dalam memberikan perhatian kepada anak-anak mereka atas alasan kesibukan bekerja untuk mencari rezeki. Ini yang sepatutnya diperbetulkan. Ketahuilah tuan-tuan, kegagalan tersebut akan menyebabkan anak-anak mencari sumber perhatian dari insan yang tidak sepatutnya.

2. JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI ANAK.
    Satu kesilapan yang banyak berlaku pada ketika ini ialah, ibubapa mula bersikap "protective " atau dalam kata lainnya terlalu melindungi anak-anak. Ada ketikanya kepercayaan yang diberikan sangat keterlaluan. Betul, anak-anak biasanya akan bercakap benar terhadap ibubapa mereka. Tapi itu pun atas perkara yang mereka rasakan perkara yang mereka lakukan itu tidak salah dan tidak mungkin dimarahi ibubapa. Namun adakah anda fikir anak anda akan mengaku jika mereka merokok ? (Sebagai contoh). Sudah tentunya tidak.

Ini yang sebenarnya banyak berlaku pada hari ini. Pengalaman saya sebagai guru dan pegawai disiplin murid ketika berhadapan dengan isu-isu sebegini, kebanyakan ibubapa tidak yakin bahawa anak mereka melakukan kesalahan yang dimaklumkan. Ini kerana ibubapa ini percaya anak mereka tidak pernah melakukan perkara yang tidak baik dihadapan mereka. Ditambah pula mereka diyakinkan oleh anak mereka bahawa mereka tidak melakukan kesalahan tersebut sebaliknya akan meletakkan kesalahan tersebut ke atas orang lain contohnya dengan menuduh rakan sebagai punca. Namun lazimnya, jika ada sesuatu perkara tidak baik yang diperkatakan tentang anak kita, siasatlah. Tak mustahil mungkin 50 % ada asasnya.

3. BERI KESENANGAN TAPI AJAR JUGA ERTI KESUSAHAN.
         Sudah sewajarnya tanggungjawab sebagai ibubapa memberikan keperluan hidup untuk anak-anak mereka tidak kira dari segi perbelanjaan, makan dan minum, pakaian mahupun pelajaran. Berilah apa yang mampu. Jangan kedekut khususnya untuk pendidikan mereka.
          Kebanyakan ibubapa hari ini mempunyai kemampuan yang tinggi dalam membesarkan anak-anak mereka. Jadi tidak hairanlah ada anak-anak yang dibekalkan dengan belanja wang saku ke sekolah yang banyak, pakaian berjenama dan tak kurang juga anak-anak yang diberikan gadget seperti iphone dan ipad. Tidak mengapa, asal ada kemampuan masing-masing tambahan pula wang yang kita belanjakan itu untuk kita berkongsi kesenangan dengan anak-anak.
         Namun begitu, anak-anak ini juga wajar diajar sedikit erti kesusahan. Kita sebagai ibubapa jangan terlalu mudah memberi. Sikap itu akan membuatkan anak-anak akan bersikap sangat meminta. Kesannya nanti akan menjadi buruk. Mereka mungkin akan memberontak atau mendapatkan kehendak mereka dengan cara yang salah. Kita tidak mungkin tahu zaman senang atau susah kita. Berhati-hatilah.

Bersambung.

Wednesday, March 22, 2017

AKU AKAN MENULIS KEMBALI

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kehidupan aku kali ini telah berubah. Rasa totally berubah. Bukan hanya dari segi kerjaya, malah hampir segala-galanya.

Sesungguhnya aku percaya ini takdir Allah. Pasti setiap yang direncanakan-Nya bersebab. Yang penting, hati kena kental. Jangan putus harap. Jangan putus berdoa. Jangan putus beramal.

Insyaallah akan aku kongsikan segala pengalaman ini.

Helmy Muhammad.
23 Mac 2017.

Sunday, September 22, 2013