Tuesday, October 9, 2012

Gold Coast Morib

Minggu lepas sempat meluangkan masa sebentar untuk berehat di hujung minggu...Di mana ? haa...ni nak bagi tau...tp tengok gambar je la....

Gold Coast Morib Resort

Situ la....Gold Coast Morib...kalian pernah sampai ? Ini first time aku sampai ke Morib...tapi rasanya kecik2 dulu pernah la sekali...dah tak ingat macam mana keadaannya...Rasanya mungkin berbeza kot..Ok,Gold Coast Resort ni aku rasa mungkin baru setahun dua beroperasi.Dan dari apa yang aku lihat,hanya ada 2 buah hotel berhampiran kawasan Morib ini termasuk Gold Coast Morib Resort.Kebanyakannya di sekitar kawasan ini hinggalah ke Sepang adalah kawasan perkampungan Homestay.


Oleh kerana kami mendaftar pada sebelah petang,perkara pertama yang dilakukan selepas 'check in' ialah cari minum petang dulu.Tapi bukan di hotel..saja nak rasa air kat kawasan sekitar Morib ni..tapi nak bagi tau...memang susah nak cari tempat makan,minum mahupun  kedai runcit..inilah salah satu warung yang kami jumpa..ala-ala macam kampung sikit la..tapi nasib baik sedap..Hidangannya?Pelbagai jenis mee..aku layan berger aje..Kalau nak rasa ikan bakar,kat dataran Morib ada jugak.

Ok...selesai minum petang baru ke hotel penginapan.Angkut barang-barang,tukar baju dan terus turun ke taman tema air yang ada di sini..Memang itu yang ditunggu-tungu oleh dua orang anak-anak kami.
Anak-anak dah tak sabar nak main air.


Melayan anak-anak
Seronok la dia orang..
Mamanya jugak yang selamat...tak basah pun.

Ada satu kawasan di pantai belakang hotel ni turut menyediakan sebuah resoran terapung yang dibuka pada waktu malam..memang menarik.Kami sempat singgah sambil mengambil gambar matahari terbenam.Tapi sayang...bawak kamera tertinggal memori kad.Jadi,guna handphone saja la...Oppss,lupa lak..kat resoran terapung tue kurang sesuai sikit la untuk orang Islam,sebab kat situ nak order air arak pun ada jugak..

Inilah kawasannya...


The Pier

Drama la sikit...hehehe...

Atas restoran terapung
Matahari terbenam.. ;)


Pemandangan dari laut...

Puas di kolam dan pantai,masa untuk pulang ke bilik....

Basah...hahaha...lantak la...
 Lepas tue kena bilas badan dengan air bersih pulak...

Turn papa pulak...korang dah sudah tadi...

Sementara nak tunggu pergi makan malam,lepas solat maghrib dan isyak..layan berita dulu...




So lepas ni,pergi makan...tapi kena gerak jauh sikit la...sebab nak perkena ikan bakar...kat sini tak de tempat yang menarik...kita ke bagan lalang sepang,..kira-kira 20 minit dari hotel..( kalau laju la )



Bagan Lalang sepang memang orang dah tau,siapa nak pekena ikan bakar,kena datang situ la.Cuma kena pandai-pandai nak pilih kedai mana yang best.Ok,selesai makan,balik semula ke hotel.Tapi sebelum balik untuk melelapkan mata,singgah dulu ke Dataran Morib,cuci mata kat bazaar malam yang ada beberapa gerai pakaian dan cenderamata lain.Tak beli apa-apapun,tak ada yang menarik,sekadar nak cuci mata.Lagipun tak banyak pilihan.

Menikmati sarapan pagi
 
Gambar di atas adalah semasa kami menikmat sarapan pagi di hotel ini.Apa rasanya ?10 bintang...memang best.Antara yang terbaik dan banyak pilihan.Nampak 2 orang anak kami tue.Tak mandi lagi pun sebab lepas tue nak mandi kat swimming pool lagi katanya.So,sebelum balik,main air lagi....


Main sampai puas...


Pemandangan dari bilik hotel

Ok...nak balik dah...