Thursday, September 22, 2011

Pengubahsuaian Tanpa Kelulusan JPJ

         Kegemaran masyarakat kita hari ini untuk membuat pengubahsuaian pada kenderaan masing-masing tidak dapat dinafikan.Lihat sahaja pelbagai aksesori yang terdapat di pasaran.Pelbagai bentuk,pelbagai gaya.Tidak salah jika ingin membuat pengubahsuaian tetapi harus diingat,pengubahsuaian yang keterlaluan boleh mendatangkan musibah kepada diri anda sendiri dan tidak mustahil pada orang lain juga.

         Walaubagaimanapun,bagi mereka yang masih berminat membuat pengubahsuaian pada kenderaan,terdapat beberapa perkara perlu diketahui sama ada pengubahsuaian tersebut mengikut prosuder yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau tidak.Ada sesetengah pengubahsuaian memerlukan pengesahan daripada JPJ contohnya seperti menukar enjin,pengubahsuaian bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan dan lain-lain lagi.Namun ada pengubahsuain boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ.

           Antara pengubahsuaian atau pemasangan yang dibenarkan adalah yang tidak memberikan kesan kepada ciri-ciri,kestabilan dan keselamatan kenderaan seperti berikut :
            1.   Pemasangan 'air spoiler' di bahagian hadapan dan belakang.
            2.   Pemasangan 'side skirt','aerofoil' dan 'door visor' pada kereta.
            3.   Pemasangan 'protecting guards' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
            4.   Pengubahsuaian kecil pada 'radiator grilles','bonet' atau bentuk serta reka bentuk lampu-lampu.
            5.   Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan 'bumper' besar (sama ada jenis keluli atau gentian
                  kaca) pada bahagian hadapan dan belakang.
            6.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
            7.   Pemasangan para bumbung.
            8.   Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu brek penunjuk arah (berwarna
                  amber).
            9.   Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada
                  bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
            10. Pemasangan pengadang angin,penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada
                  bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang
                  motosikal.

          Namun begitu,sekiranya pemasangan aksesori seperti dinyatakan terdapat pada kenderaan anda ia haruslah berlandaskan peraturan-peraturan berikut :
            1.  Sekiranya air spoiler,aerofoil atau side skirt dipasang,ia tidak boleh melebihi 150mm diukur dari
                 bahagian luar tayar belakang.
            2.  Sekiranya door visor dipasang,ia tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
            3.  sekiranya rim atau tayar lebar digunakan,ia mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau           flaps.
            4.  Sekiranya protecting guards dipasang,ia tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan.Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
            5.  Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang,lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
            6.  Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing
                diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
            7. Sekiranya para bumbung dipasang,ia tidak boleh melebihi panjang bumbung,atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teras para bumbung.

            Walau bagaimanapun,pengubahsuaian kecil dan pemasangan kasesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan seperti yang dinyatakan di dalam Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan)Peraturan 1959 atau Kenderaan Bermotor (Pembinaan,Peralatan dan Pengunaan) Peraturan 1988.

            Spesifikasi ini dekeluarkan agar pengguna tidak sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan pengguna lain.Berfikir dulu sebelum bertindak mampu menyelamatkan nyawa.

Wednesday, September 14, 2011

Malu

Malu
Apa tu malu?
"Kau tak malu ke?"
"Kenapa nak malu?"
Ada orang malu nak bercakap melayu
walhal dia memang orang Melayu...
 Ada orang malu nak mengaku dia asal dari kampung
walhal dia memang dari ceruk kampung hulu mana ntah...

Malu
Ada orang malu nak mengaku dia orang Malaysia
Padahal moyang,atuk,nenek.mak,bapak,mak cik,pakcik
dia sendiri memang lahir kat Malaysia,

Malu
Ada orang malu nak mengaku dia sokong kerajaan yang dipimpin
tapi tak malu pulak kerja dengan kerajaan
ambil gaji,pencen,subsidi,bonus dan segala kemudahan yang kerajaan berikan...

Malu
Ada orang rasa malu bila dihina
sayangnya tak rasa malu pula bila bangsa sendiri dihina
Kau tak de perasaan ke?

Malu
Dia malu dengan sejarah negara
sedih dan malangnya tak malu pulak mengubah sejarah
Kita ?
Menyokong sahaja ?
Tak malu ke kalau nenek moyang kita tahu ?
Tak malu ke nak jawab apa nanti dengan anak cucu kita ?

Hari ni kita hanya malu kalau kita mengaku kita 
sokong kerajaan
Kita tak pernah malu kita hanya jadi pak turut bangsa lain
Tapi alangkah malunya kalau sampai anak dan cucu kita nanti akan 
menyumpah seranah kita kalau kerana kita
mereka terus jadi pak turut
Hidup jadi telunjuk bangsa asing
mewarisi satu lagi sejarah zaman nenek moyang dahulu

Malulah
malulah kalau kita sanggup menafikan hak kita 
semata-mata kerana politik
Malulah
Malulah kita pada anak dan cucu bangsa melayu islam
kalau kita terus berpecah belah

Jangan Malu
2011 sudah 54 tahun Merdeka
Bersatu,Berpadu,Bermuafakat
Ketepikanlah Perbalahan Politik
Jangan sampai kita MALU lagi 

Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Merdeka ke-54

( 15 September 2011 )


Sunday, September 11, 2011

Akhirnya Dikau Pergi...Alfatihah


           Inilah gambar isteriku dan adik Daim yang sempat diambil semasa hayatnya masih ada tak sampai sebulan yang lalu.Semalam,11 September 2011,akhirnya Daim Muhammad Ezzra (Bob Primez),7 bulan, pergi meninggalkan keluarga beliau buat selama-lamanya.
           Setelah penuh kesakitan melawan penyakit jantungnya,Daim menghembuskan nafas terakhir jam 6.05 petang semalam.Alfatihah untuk beliau.Semoga roh anak kecil ini akan dilindungi Allah.
           Kepada Bob dan Yan,semoga kalian tabah untuk menghadapi dugaan ini.Takziah dariku dan isteri.

Tuesday, September 6, 2011

Semoga Cepat Sembuh Daim...

Kasihan,sedih dan pilu..itu sahaja yang mampu kuucapkan..
Dia masih kecil.Belum sempat untuk merasa nikmat dunia,tambahan pula kemeriahan di Hari Raya ini.
Itulah nasib Daim,baru sahaja berusia 7 bulan,anak kepada salah seorang rakanku Bob Primerz.


Daim memerlukan bantuan pernafasan
Apakan daya anak sekecil ini terpaksa melalui keadaan menyakitkan sebegini.Malam tadi,tanggal 6 Sept.2011 aku dan isteri sempat melaluinya di wad 8A,Hospital Tuanku Jaafar,Seremban.Beginilah keadaannya.Sedihkan..? 
aku dan isteri



Anak kecil ini terpaksa bertarung nyawa dengan penyakit jantung yang dialaminya.Ketika aku melawatnya malam tadi aku diberitahu oleh Yan,isteri Bob baby in sudah dalam keadaan kritikal..namun semuanya masih berharap segala-segalanya akan selamat.
Semoga tabah hati Yan

Doa aku dan isteri agar Bob dan juga Yan tabah untuk menghadapi dugaan ini.Banyak berdoa pada Allah semoga Daim akan diberikan kekuatan untuk melawan penyakitnya itu.

Semoga cepat sembuh Daim.

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011

        Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang beragama Islam di Malaysia mahupun di mana sahaja.Tahun 2011 ini mungkin agak unik di Malaysia kerana bertemakan MerdekaRaya bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 yang jatuh pada Hari Raya ke-2.Namun begitu pastinya suasana Hari Raya melebihi suasana Merdeka yang biasa kita raikan dengan kiraan countdown dan percikan bunga api saban tahun.

        Raya kali ini saya sekeluarga beraya di kampung isteri di Batu Rakit Terengganu.Biasalah,bila dah berlainan negeri ni kena gilir-gilir la jawabnya.Apapun,perayaan tetap meriah dan sempat juga berjumpa kawan-kawan lama yang berasal dari Terengganu.Alhamdulilah.
Sedondon

Bergambar Keluarga
Isteri dan anak-anak
         Harapannya juga semoga dengan kehadiran bulan Syawal ini akan merapatkan hubungan seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum,agama mahupun politik...Hmmmm...POLITIK ?! Ahhh...bosanlah.Kan raya ni...

Perginya Di Anggap Wira

               Noramfaizul Mohd Nor,39 - Namanya mungkin tak dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia sebelum ini.Namun dek kerana peristiwa hitam yang meragut nyawa beliau ketika menjalankan tugas sebagai jurukamera Agensi Berita BERNAMA TV untuk projek misi khas Kelab Putera 1 Malaysia di Somalia tanggal 3 September 2011,beliau diangkat sebagai wira negara.Takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga beliau.Sesungguhnya kehilangan beliau mungkin sesuatu yang amat tidak dijangka sama sekali bagi kebanyakkan anggota misi.

                Dengan niat untuk memberi sumbangan bakti kepada masyarakat antarabangsa,kita telah kehilangan seseorang yang dapat berkongsi cerita di dunia luar sana.Amat malang sekali perkara sebegini berlaku dalam keadaan tugas seseorang wartawan mahupun jurugambar adalah berkecuali dalam apa keadaan sekalipun temasuk situasi peperangan.Tugas wartawan hanya menyampaikan berita.Oleh itu kematian yang berlaku amat tidak dapat diteima akal kerana mereka tidak menggangu gugat mahupun mencederakan sesiapa.

                Oleh yang demikian,sepertimana yang dijanjikan oleh Presiden Somalia,Sheikh Sharif Sheikh Ahmad kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak untuk menyiasat kejadian ini dan menghadapkan kepada sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan amatlah diharapkan.

                Di sebalik kejadian ini juga, ramai pihak mengharapkan agar segala misi bantuan kemanusiaan antarabangsa terutama di negara-negara bergolak agar dikaji semula.Mungkin kita tidak perlu lagi menghantar kumpulan-kumpulan NGO seperti itu sebaliknya sumbangan dihantar menerusi pasukan keselamatan ataupun melalui kedutaan-kedutaan yang terlibat.Atau mungkin juga kita mengutamakan untuk memberi bantuan kepada rakyat-rakyat termiskin di negara kita yang tidak kurang juga jumlahnya.

                Namun seandainya ada kumpulan yang tetap ingin meneruskan misi-misi kemanusiaan seperti itu,maka aspek keselamatan perlulah sentiasa dititikberatkan sentiasa seperti menggunakan jaket kalis peluru.Benar,malang tidak berbau,namun kita mampu untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak ada lagi mangsa yang terkorban.

                Sekali lagi kepada arwah Noramfaizul Mohd Nor - anda adalah ikon kepada seluruh wartawan-wartawan dan jurugambar-jurugambar di Malaysia.Anda adalah wira kepada ibubapa,isteri dan anak-anak anda yang masih kecil.Anda adalah simbol kepada rakyat Malaysia yang prihatin,aman,berdedikasi dan bersemangat juang tinggi.Semoga roh anda dlindungi rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Alfatihah.