Thursday, September 22, 2011

Pengubahsuaian Tanpa Kelulusan JPJ

         Kegemaran masyarakat kita hari ini untuk membuat pengubahsuaian pada kenderaan masing-masing tidak dapat dinafikan.Lihat sahaja pelbagai aksesori yang terdapat di pasaran.Pelbagai bentuk,pelbagai gaya.Tidak salah jika ingin membuat pengubahsuaian tetapi harus diingat,pengubahsuaian yang keterlaluan boleh mendatangkan musibah kepada diri anda sendiri dan tidak mustahil pada orang lain juga.

         Walaubagaimanapun,bagi mereka yang masih berminat membuat pengubahsuaian pada kenderaan,terdapat beberapa perkara perlu diketahui sama ada pengubahsuaian tersebut mengikut prosuder yang diluluskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau tidak.Ada sesetengah pengubahsuaian memerlukan pengesahan daripada JPJ contohnya seperti menukar enjin,pengubahsuaian bentuk atau ciri-ciri asal kenderaan dan lain-lain lagi.Namun ada pengubahsuain boleh dilakukan tanpa mendapatkan kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ.

           Antara pengubahsuaian atau pemasangan yang dibenarkan adalah yang tidak memberikan kesan kepada ciri-ciri,kestabilan dan keselamatan kenderaan seperti berikut :
            1.   Pemasangan 'air spoiler' di bahagian hadapan dan belakang.
            2.   Pemasangan 'side skirt','aerofoil' dan 'door visor' pada kereta.
            3.   Pemasangan 'protecting guards' pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
            4.   Pengubahsuaian kecil pada 'radiator grilles','bonet' atau bentuk serta reka bentuk lampu-lampu.
            5.   Pengubahsuaian atau pemasangan tambahan 'bumper' besar (sama ada jenis keluli atau gentian
                  kaca) pada bahagian hadapan dan belakang.
            6.   Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
            7.   Pemasangan para bumbung.
            8.   Pemasangan lampu brek tambahan (berwarna merah) atau lampu brek penunjuk arah (berwarna
                  amber).
            9.   Pemasangan spot light atau lampu halogen (kedua-duanya berwarna putih dan kuning) pada
                  bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu yang sedia ada.
            10. Pemasangan pengadang angin,penutup lampu fibreglass dan penutup enjin fibreglass pada
                  bahagian hadapan motosikal di mana aksesori-aksesori ini tidak terkeluar dari hujung pemegang
                  motosikal.

          Namun begitu,sekiranya pemasangan aksesori seperti dinyatakan terdapat pada kenderaan anda ia haruslah berlandaskan peraturan-peraturan berikut :
            1.  Sekiranya air spoiler,aerofoil atau side skirt dipasang,ia tidak boleh melebihi 150mm diukur dari
                 bahagian luar tayar belakang.
            2.  Sekiranya door visor dipasang,ia tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
            3.  sekiranya rim atau tayar lebar digunakan,ia mesti ditutup sepenuhnya dengan mudguards atau           flaps.
            4.  Sekiranya protecting guards dipasang,ia tidak boleh menutupi lampu-lampu kenderaan.Tidak dibenarkan bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluar melebihi 100mm.Di samping itu lebar keseluruhan tidak boleh melebihi lebar kereta yang asal.
            5.  Sekiranya tambahan bumper besar atau protecting guards dipasang,lebihan bahagian hadapan dan belakang tidak boleh melebihi 50% dari bes roda kenderaan.
            6.  Jarak headlamps dan lampu isyarat tidak boleh melebihi 300mm dan 400mm masing-masing
                diukur dari badan yang terlebar selepas pengubahsuaian.
            7. Sekiranya para bumbung dipasang,ia tidak boleh melebihi panjang bumbung,atau lebar kenderaan atau ketinggian 400mm diukur dari bahagian teras para bumbung.

            Walau bagaimanapun,pengubahsuaian kecil dan pemasangan kasesori-aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan seperti yang dinyatakan di dalam Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan)Peraturan 1959 atau Kenderaan Bermotor (Pembinaan,Peralatan dan Pengunaan) Peraturan 1988.

            Spesifikasi ini dekeluarkan agar pengguna tidak sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian sehingga boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan pengguna lain.Berfikir dulu sebelum bertindak mampu menyelamatkan nyawa.

Wednesday, September 14, 2011

Malu

Malu
Apa tu malu?
"Kau tak malu ke?"
"Kenapa nak malu?"
Ada orang malu nak bercakap melayu
walhal dia memang orang Melayu...
 Ada orang malu nak mengaku dia asal dari kampung
walhal dia memang dari ceruk kampung hulu mana ntah...

Malu
Ada orang malu nak mengaku dia orang Malaysia
Padahal moyang,atuk,nenek.mak,bapak,mak cik,pakcik
dia sendiri memang lahir kat Malaysia,

Malu
Ada orang malu nak mengaku dia sokong kerajaan yang dipimpin
tapi tak malu pulak kerja dengan kerajaan
ambil gaji,pencen,subsidi,bonus dan segala kemudahan yang kerajaan berikan...

Malu
Ada orang rasa malu bila dihina
sayangnya tak rasa malu pula bila bangsa sendiri dihina
Kau tak de perasaan ke?

Malu
Dia malu dengan sejarah negara
sedih dan malangnya tak malu pulak mengubah sejarah
Kita ?
Menyokong sahaja ?
Tak malu ke kalau nenek moyang kita tahu ?
Tak malu ke nak jawab apa nanti dengan anak cucu kita ?

Hari ni kita hanya malu kalau kita mengaku kita 
sokong kerajaan
Kita tak pernah malu kita hanya jadi pak turut bangsa lain
Tapi alangkah malunya kalau sampai anak dan cucu kita nanti akan 
menyumpah seranah kita kalau kerana kita
mereka terus jadi pak turut
Hidup jadi telunjuk bangsa asing
mewarisi satu lagi sejarah zaman nenek moyang dahulu

Malulah
malulah kalau kita sanggup menafikan hak kita 
semata-mata kerana politik
Malulah
Malulah kita pada anak dan cucu bangsa melayu islam
kalau kita terus berpecah belah

Jangan Malu
2011 sudah 54 tahun Merdeka
Bersatu,Berpadu,Bermuafakat
Ketepikanlah Perbalahan Politik
Jangan sampai kita MALU lagi 

Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Merdeka ke-54

( 15 September 2011 )


Sunday, September 11, 2011

Akhirnya Dikau Pergi...Alfatihah


           Inilah gambar isteriku dan adik Daim yang sempat diambil semasa hayatnya masih ada tak sampai sebulan yang lalu.Semalam,11 September 2011,akhirnya Daim Muhammad Ezzra (Bob Primez),7 bulan, pergi meninggalkan keluarga beliau buat selama-lamanya.
           Setelah penuh kesakitan melawan penyakit jantungnya,Daim menghembuskan nafas terakhir jam 6.05 petang semalam.Alfatihah untuk beliau.Semoga roh anak kecil ini akan dilindungi Allah.
           Kepada Bob dan Yan,semoga kalian tabah untuk menghadapi dugaan ini.Takziah dariku dan isteri.

Tuesday, September 6, 2011

Semoga Cepat Sembuh Daim...

Kasihan,sedih dan pilu..itu sahaja yang mampu kuucapkan..
Dia masih kecil.Belum sempat untuk merasa nikmat dunia,tambahan pula kemeriahan di Hari Raya ini.
Itulah nasib Daim,baru sahaja berusia 7 bulan,anak kepada salah seorang rakanku Bob Primerz.


Daim memerlukan bantuan pernafasan
Apakan daya anak sekecil ini terpaksa melalui keadaan menyakitkan sebegini.Malam tadi,tanggal 6 Sept.2011 aku dan isteri sempat melaluinya di wad 8A,Hospital Tuanku Jaafar,Seremban.Beginilah keadaannya.Sedihkan..? 
aku dan isteri



Anak kecil ini terpaksa bertarung nyawa dengan penyakit jantung yang dialaminya.Ketika aku melawatnya malam tadi aku diberitahu oleh Yan,isteri Bob baby in sudah dalam keadaan kritikal..namun semuanya masih berharap segala-segalanya akan selamat.
Semoga tabah hati Yan

Doa aku dan isteri agar Bob dan juga Yan tabah untuk menghadapi dugaan ini.Banyak berdoa pada Allah semoga Daim akan diberikan kekuatan untuk melawan penyakitnya itu.

Semoga cepat sembuh Daim.

Sunday, September 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011

        Rasanya masih belum terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang beragama Islam di Malaysia mahupun di mana sahaja.Tahun 2011 ini mungkin agak unik di Malaysia kerana bertemakan MerdekaRaya bersempena dengan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 yang jatuh pada Hari Raya ke-2.Namun begitu pastinya suasana Hari Raya melebihi suasana Merdeka yang biasa kita raikan dengan kiraan countdown dan percikan bunga api saban tahun.

        Raya kali ini saya sekeluarga beraya di kampung isteri di Batu Rakit Terengganu.Biasalah,bila dah berlainan negeri ni kena gilir-gilir la jawabnya.Apapun,perayaan tetap meriah dan sempat juga berjumpa kawan-kawan lama yang berasal dari Terengganu.Alhamdulilah.
Sedondon

Bergambar Keluarga
Isteri dan anak-anak
         Harapannya juga semoga dengan kehadiran bulan Syawal ini akan merapatkan hubungan seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum,agama mahupun politik...Hmmmm...POLITIK ?! Ahhh...bosanlah.Kan raya ni...

Perginya Di Anggap Wira

               Noramfaizul Mohd Nor,39 - Namanya mungkin tak dikenali oleh kebanyakan rakyat Malaysia sebelum ini.Namun dek kerana peristiwa hitam yang meragut nyawa beliau ketika menjalankan tugas sebagai jurukamera Agensi Berita BERNAMA TV untuk projek misi khas Kelab Putera 1 Malaysia di Somalia tanggal 3 September 2011,beliau diangkat sebagai wira negara.Takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga beliau.Sesungguhnya kehilangan beliau mungkin sesuatu yang amat tidak dijangka sama sekali bagi kebanyakkan anggota misi.

                Dengan niat untuk memberi sumbangan bakti kepada masyarakat antarabangsa,kita telah kehilangan seseorang yang dapat berkongsi cerita di dunia luar sana.Amat malang sekali perkara sebegini berlaku dalam keadaan tugas seseorang wartawan mahupun jurugambar adalah berkecuali dalam apa keadaan sekalipun temasuk situasi peperangan.Tugas wartawan hanya menyampaikan berita.Oleh itu kematian yang berlaku amat tidak dapat diteima akal kerana mereka tidak menggangu gugat mahupun mencederakan sesiapa.

                Oleh yang demikian,sepertimana yang dijanjikan oleh Presiden Somalia,Sheikh Sharif Sheikh Ahmad kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak untuk menyiasat kejadian ini dan menghadapkan kepada sesiapa yang terlibat ke muka pengadilan amatlah diharapkan.

                Di sebalik kejadian ini juga, ramai pihak mengharapkan agar segala misi bantuan kemanusiaan antarabangsa terutama di negara-negara bergolak agar dikaji semula.Mungkin kita tidak perlu lagi menghantar kumpulan-kumpulan NGO seperti itu sebaliknya sumbangan dihantar menerusi pasukan keselamatan ataupun melalui kedutaan-kedutaan yang terlibat.Atau mungkin juga kita mengutamakan untuk memberi bantuan kepada rakyat-rakyat termiskin di negara kita yang tidak kurang juga jumlahnya.

                Namun seandainya ada kumpulan yang tetap ingin meneruskan misi-misi kemanusiaan seperti itu,maka aspek keselamatan perlulah sentiasa dititikberatkan sentiasa seperti menggunakan jaket kalis peluru.Benar,malang tidak berbau,namun kita mampu untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak ada lagi mangsa yang terkorban.

                Sekali lagi kepada arwah Noramfaizul Mohd Nor - anda adalah ikon kepada seluruh wartawan-wartawan dan jurugambar-jurugambar di Malaysia.Anda adalah wira kepada ibubapa,isteri dan anak-anak anda yang masih kecil.Anda adalah simbol kepada rakyat Malaysia yang prihatin,aman,berdedikasi dan bersemangat juang tinggi.Semoga roh anda dlindungi rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Alfatihah.

Saturday, August 27, 2011

Bertuahnya kami..

     Malam ini,lagi beberapa hari lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri,aku terlihat sesuatu yang bagi aku sungguh menyentuh hati.Terasa sangat-sangat terasa sehinggakan rasa nak berkongsi apa yang aku lihat sebentar tadi di sini.Kadangkala aku terfikir,kenapa kita selalu mengeluh dan merasakan diri kita susah...sedarkah kita masih ada yang lebih susah dari kita di luar sana..sedarkah aku betapa sebenarnya Allah telah memberikan nikmat yang begitu hebat buat diri aku bersama keluargaku...itulah yang aku fikirkan ketika ini...


     Kalian nak tahu apa yang aku saksikan ? 


     Tatkala aku hendak melangkah keluar lebih kurang jam 10.30 malam menaiki motosikal Modenas Elegan ku,aku terlihat satu keluarga (si suami,isteri dan seorang anak ) berbangsa cina,yang mana si ibu dan anak sedang duduk kepenatan (mungkin selepas berjalan ) di tepi jalan tidak jauh dari rumahku.Aku cuma memerhatikan sambil memikirkan mungkin mereka hendak pulang ke rumah yang berada di sekitar sini sahaja.


      Aku berlalu pergi bersama motosikalku menuju ke rumah ibubapaku yang jaraknya lebih kurang lapan kilometer sekali perjalanan.Aku cuma singgah sebentar di rumah ibubapaku untuk mengambil barang yang tertinggal sebelum berpatah semula ke rumahku lebih lapan kilometer lagi.


       Hampir tiba di rumahku lebih kurang 2  kilometer lagi,aku melihat jam di tangan sudah hampir jam sebelas.Sedang aku meluncur laju bersama motosikalku,..aku terkejut,tersentak dan tersentuh melihat kelibat yang baru aku lihat sebentar tadi masih berjalan kaki meredah kesejukan malam..masyaaallah..sudah jam 11.00 dan mereka masih berjalan kaki,..jauh lagikah rumah mereka?Kuat lagikah kaki anak kecil yang mungkin darjah 2 itu?Aku sudah pergi dan sudah hampir pulang ke rumah semula tapi mereka masih berjalan untuk jejak ke rumah?Sedih,kasihan,terharu begitu menyentap di hatiku..Kalaulah ketika itu aku membawa kereta,ingin sahaja aku tumpangkan mereka.Aku melihat si bapa sudah berjalan sambil membuka butang uniform "Security Guard"nya..Berpeluh...Cuba kalian bayangkan bagaimana anaknya?


      Aduhhhh...aku juga ada anak sebesar itu..bertuahnya mereka kerana tak perlu melalui keadaan sebegitu.Alhamdulillah aku dan isteri masih mampu untuk membesarkan mereka dengan sempurna.Bersyukur juga aku diberikan hidup yang selesa dan kerjaya yang sempurna.Apa lagi yang kumahu?Aku terkenangkan anak-anak muridku yang mungkin nasibnya sebegitu.Pasti mereka sedih.Kalau yang aku lihat tadi melayu beragama islam pula bagaimana?Nasib mereka?Lagi 2 hari nak raya...pasti raya hanya di bibir...


      Aku berharap budak itu dan sesiapa sahaja yang senasib dengan mereka akan menjadikan iktibar perkara tersebut untuk memperbaiki kehidupan mereka di masa hadapan..aku dan isteri juga pernah melalui kehidupan yang sukar itu bersama ibubapa kami dahulu.
Alhamdulillah,dengan keazaman untuk memperbaiki kehidupan,kita mampu untuk mendapat yang terbaik...jangan berputus asa,..pada kita yang telah senang,janganlah dilupakan kepada yang susah..

Wednesday, August 24, 2011

Ke mana hilangnya...?!!

Ada sesiapa tahu tak?
Kenapa leh jadi macam ni?
Aku pun jarang buka...
tapi sekali bila aku nak post update terbaru ,baru aku perasan ada beberapa gambar dalam blog aku ni dah hilang..
dah la aku ni tak expert pun pasal blog ni,tetiba jadi cam ni pulak
Camner nak buat ek?
Tolonglah..
Ada sesiapa tahu?
Ke mana hilangnya?

Monday, August 22, 2011

Iftar @ Bagan Lalang

Salam Ramadhan...
Buat update sekali lagi..agaknya sebulan sekali baru leh masuk...kadang-kadang terasa gak nak isikan story untuk di share,tapi selalu tak sempat.Maklum la,Facebook lebih mudah untuk berkongsi cerita..

Kali ini nak kongsi cerita pasal majlis Iftar bersama-sama  Member2 Primerz ( Kelab Pemilik Proton Perdana ) yang di buat di Bagan Lalang,Sepang pada 13 Ogos yang lalu.Dah lama tak berkumpul beramai-ramai,jadi peluang ini digunakan untuk bersama.Ramai jugak kawan-kawan lama yang dah tak de, sama ada berhijrah kelab mahupun berkereta baru.

Namun biar apapun status masing2 ketika ini persahabatan tetap seperti dulu.Yang bestnya,bila berada di sini persahabatan kita tidak berada dalam linkungan kerjaya yang sama sepanjang masa.

Dah selesai pun...alhamdulillah

Saat menantikan rakan2 yg belum hadir
Turut dibawa bersama isteri dan anak-anak
Seafood yang tak de la sesedap Umbai...
Masih menanti yang tak kesampaian... :(
Tunggu dan terus menunggu
acara favourite...bergambar la...
tunggu turn nak bergambar
My Prime ;)
Mazli's Prime
Bujang Senang,kalo tak salah...huhu
Heyyy Karim...
Please la jangan tunjuk ayu...geli...hahaha
Tokey apa ada halll....
the only Orange
Kalau dah jodoh tu takkan ke mana..


Geng-geng KL,lu orang lambat la,tak sempat nak posing petang..len kali la yee...

Tuesday, July 26, 2011

Guru Kaunseling di Biro Tatanegara


Menurut Wikipidea(ms.wikipedia.org/wiki/Biro_Tatanegara),Biro Tatanegara (BTN) adalah sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditubuhkan pada 1981,melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme,membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.
        Didalam era Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak,peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1 Malaysia,akyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.
        Kalau diikutkan pemahaman orang ramai mengenai BTN ini bermacam-macam maklumat dan fakta akan keluar,namun sebagai kakitangan awam iaitu "Saya Yang Menurut Perintah",aku lalui sahaja semua ini.Peluang ini boleh juga aku gunakan untuk bersama rakan-rakan Guru Bimbingan Dan Kaunseling PPD Seremban dan bertukar-tukar idea menjalankan perkhidmatan kaunseling di sekolah.

Kem Bina Negara,Kaki Bukit,Perlis.



Bermula 17 Julai 2011,hari Ahad malam seramai ebih kurang 70 orang guru bimbingan dan kaunseling  dan Pegawai dari PPD Seremban berkumpul di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi sebelum mula bergerak menaiki 2 buah bas lebih kurang jam 10.30 malam untuk ke Gua Kelam,Kaki Bukit,Perlis di mana terletaknya Kem Bina Negara yang bakal menjadi tempat berlansungnya Kursus Transformasi Birokrat Guru Bimbingan Dan Kaunseling selama 3 hari 3 malam.
        Tiba di Kangar lebih kurang jam 7.30 pagi,rombongan terlebih dahulu berhenti untuk menikmati sarapan pagi sebelum menyambung perjalanan ke Gua Kelam.
Gua Kelam
Bermula dari situ,bermacam-macam aktiviti yang dilalui oleh guru-guru bersama para fasilitator BTN.Tak tau la nak istilah kan apa?nak kata kena brainwash ke,motivasi diri ke,pembentukan jati diri ke namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sejak dari mula hingga ke akhir program.Selalunya Guru Kaunseling adalah guru yang mengatur segala bentuk program atau kem untuk motivasi diri para pelajar.Kali ini,guru-guru sendiri yang perlu melalui semua pengalaman tersebut sebagai peserta.Agaknya ada jugak yang dah lama tak pernah melalui pengalaman macam ini kan?!!
Mengembara meredah hutan

Lokasi yang dikelilingi bukit dan kolam

Bersama Tuan PPD yang baru. En. Mohd Sah

Bergambar kenangan sebelum meninggalkan kem
Bergerak keluar

Laluan dalam Gua Kelam
Bergambar kenangan

Hari terakhir adalah aktiviti yang dinanti oleh semua peserta iaitu apa yang dinamakan sebagai "Kajian Sikap" iaitu meninjau sikap-sikap kaki shopping...hahaha!!!! 

Aktiviti seterusnya ialah Padang Besar dan Pekan Rabu...it's shopping time!!!!!!!!

Padang Besar


Selagi tak penuh bas,beli jangan tak beli...hehehe

Pemandangan ladang tebu yang luas
Pekan Rabu Aloq Setaq !!!

Dah puas shopping sakan,poket pun dah nak kering,perjalanan balik diteruskan dan tiba di seremban lebih kurang jam 11.30 malam...penat tapi puas...