Saturday, August 27, 2011

Bertuahnya kami..

     Malam ini,lagi beberapa hari lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri,aku terlihat sesuatu yang bagi aku sungguh menyentuh hati.Terasa sangat-sangat terasa sehinggakan rasa nak berkongsi apa yang aku lihat sebentar tadi di sini.Kadangkala aku terfikir,kenapa kita selalu mengeluh dan merasakan diri kita susah...sedarkah kita masih ada yang lebih susah dari kita di luar sana..sedarkah aku betapa sebenarnya Allah telah memberikan nikmat yang begitu hebat buat diri aku bersama keluargaku...itulah yang aku fikirkan ketika ini...


     Kalian nak tahu apa yang aku saksikan ? 


     Tatkala aku hendak melangkah keluar lebih kurang jam 10.30 malam menaiki motosikal Modenas Elegan ku,aku terlihat satu keluarga (si suami,isteri dan seorang anak ) berbangsa cina,yang mana si ibu dan anak sedang duduk kepenatan (mungkin selepas berjalan ) di tepi jalan tidak jauh dari rumahku.Aku cuma memerhatikan sambil memikirkan mungkin mereka hendak pulang ke rumah yang berada di sekitar sini sahaja.


      Aku berlalu pergi bersama motosikalku menuju ke rumah ibubapaku yang jaraknya lebih kurang lapan kilometer sekali perjalanan.Aku cuma singgah sebentar di rumah ibubapaku untuk mengambil barang yang tertinggal sebelum berpatah semula ke rumahku lebih lapan kilometer lagi.


       Hampir tiba di rumahku lebih kurang 2  kilometer lagi,aku melihat jam di tangan sudah hampir jam sebelas.Sedang aku meluncur laju bersama motosikalku,..aku terkejut,tersentak dan tersentuh melihat kelibat yang baru aku lihat sebentar tadi masih berjalan kaki meredah kesejukan malam..masyaaallah..sudah jam 11.00 dan mereka masih berjalan kaki,..jauh lagikah rumah mereka?Kuat lagikah kaki anak kecil yang mungkin darjah 2 itu?Aku sudah pergi dan sudah hampir pulang ke rumah semula tapi mereka masih berjalan untuk jejak ke rumah?Sedih,kasihan,terharu begitu menyentap di hatiku..Kalaulah ketika itu aku membawa kereta,ingin sahaja aku tumpangkan mereka.Aku melihat si bapa sudah berjalan sambil membuka butang uniform "Security Guard"nya..Berpeluh...Cuba kalian bayangkan bagaimana anaknya?


      Aduhhhh...aku juga ada anak sebesar itu..bertuahnya mereka kerana tak perlu melalui keadaan sebegitu.Alhamdulillah aku dan isteri masih mampu untuk membesarkan mereka dengan sempurna.Bersyukur juga aku diberikan hidup yang selesa dan kerjaya yang sempurna.Apa lagi yang kumahu?Aku terkenangkan anak-anak muridku yang mungkin nasibnya sebegitu.Pasti mereka sedih.Kalau yang aku lihat tadi melayu beragama islam pula bagaimana?Nasib mereka?Lagi 2 hari nak raya...pasti raya hanya di bibir...


      Aku berharap budak itu dan sesiapa sahaja yang senasib dengan mereka akan menjadikan iktibar perkara tersebut untuk memperbaiki kehidupan mereka di masa hadapan..aku dan isteri juga pernah melalui kehidupan yang sukar itu bersama ibubapa kami dahulu.
Alhamdulillah,dengan keazaman untuk memperbaiki kehidupan,kita mampu untuk mendapat yang terbaik...jangan berputus asa,..pada kita yang telah senang,janganlah dilupakan kepada yang susah..

No comments:

Post a Comment