Friday, September 21, 2012

Apa Buat Hari Nie ?

       Hari nie Sabtu , 22 September 2012, kena ke sekolah. Sekolah Ganti. Maknanya kena datang bekerja. Namun begitu,bila kena datang hari Sabtu ni, tak seperti hari persekolahan seperti biasalah jawabnya. Apa taknya,hari nie saja hampir separuh murid-murid yang tiada di sekolah.

       Sampai pagi tadi saja,dah tengok ada satu bas dedang menunggu depan sekolah nak bawa anak-anak murid ke pertandingan agama di SK batang Benar Nilai.Itu dah mengurangkan sejumlah 40 orang murid di sekolah.Masuk dalam sekolah pula,Tahun 4,5 dan 6 pula dijemput untuk terlibat dengan aktiviti bersama SMK Bukit Kepayang yang bersebelahan dengan SK Wawasan ini. Murid campur dengan cikgu dah separuh tak ada di sekolah ini hari ni. Itu tak campur lagi dengan murid yang tak hadir tanpa diketahui sebabnya lagi..

        Aku diarahkan tunggu di sekolah.Apa nak buat ?Yang tinggal murid2 Tahun 1,2 & 3.Cikgu-cikgunya pun sama juga. Merajuk dengarnya sebab dia orang kena tunggu di sekolah.Ye la,semalam kata kena pakai track suit,ingatkan jalan kaki sama,sudahnya...arahan kena tunggu murid di sekolah..bengkak la hati masing2...sorry la..bukan nak kutuk pengurusan,tapi itulah yang berlaku bila perancangan tak disusun bersama.

      Nasib baik jugak jadual hari ni ikut Hari Jumaat jadi jam 12.00 nanti boleh balik.Duduk lama-lama pun tak boleh nak buat apa. Sebagai profesional sepatutnya tak boleh nak buat kenyataan macam nie,nanti kredibiliti sendiri dan cikgu juga yang kena,tapi kadangkala kena akui juga hakikatnya.Tulisan bukan nak menyinggung sesiapa, hanya sebagai renungan diri sendiri. Mau tau satu hari nanti kot-kot jadi pentadbir.Rezeki siapa tahu kan ?

     So, balik nanti rehatlah dulu..malam may be nak bersosial dengan member kereta.