Friday, February 18, 2011

OPS 3K

Antara masalah yang sering di hadapi di luar perkarangan sekolah Kompleks Sekolah Wawasan Seremban 2 sejak bertahun-tahun yang lalu ialah masalah kesesakan terutamanya pada waktu puncak iaitu waktu datang dan balik sekolah.Situasi menjadi lebih buruk bila ada penjaga yang meningglkan kenderaan mereka semata-mata untuk menghantar anak ke dalam kawasan sekolah sehingga menghalang laluan kenderaan lain.Keadaan ini selalu menjadi rungutan banyak pihak termasuk ibubapa dan guru-guru.

Satu lagi perkara yang turut menjadi masalah ialah kehadiran peniaga-peniaga yang menjual makanan ringan kepada murid-murid sekolah dengan meletak meja dan ada juga yang meniaga menggunakan lori serta motosikal.

Antara peniaga-peniaga tanpa kebenaran
Keadaan itu menyebabkan pengurusan Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 dan SJKT Convent mengambil langkah bersama dengan beberapa agensi penguatkuasaan untuk mengatasi masalah tersebut.Pada 13 Februari 2011 yang lalu,pihak sekolah telah meminta kerjasama dari PIBG,unit Trafik PDRM,Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Seremban untuk menjalankan Ops 3K bagi melancarkan pergerakan kenderaan di kawasan hadapan sekolah serta membendung masalah peniaga-peniaga gerai.
Keadaan waktu balik sedikit lengan dengan kehadiran PDRM

2 comments:

  1. Pemantauan tak efektif. Masa ops jer peniaga2 hilang. Sepanjang thn nie kerap keluar masuk utk daftar anak thn1, peniaga2 masih berniaga camtu jer....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete