Wednesday, February 9, 2011

Harimau Malaya Makin Mencengkam


9 Februari 2011 - Semenjak Malaysia menjuarai Piala Asia bulan lalu,peningkatan tahap permainan pasukan yang digelar Harimau Malaya ini semakin menjadi-jadi.Terbaru,malam ini,Malaysia menunjukkan kehebatan lagi apabila berjaya menundukkan pasukan dari Asia,Hong Kong dalam perlawanan persahabatan yang berlansung di Stadium Bukit Jalil,Kuala Lumpur.Gol-gol dijaringkan oleh Safiq Rahim ( minit 44 ) dan Amirul Hadi Zainal minit ke 91.

Gol pertama oleh Safiq Rahim


Suatu pencapaian yang membanggakan walaupun ianya hanyalah perlawanan persahabatan.Mungkin juga hadiah buat Safee Sali yang akan berhijrah ke Indonesia untuk bermain bersama kelab Pelita Jaya.

Gol ke-2 oleh Amirul Hadi sejurus sebelum tamat permainan
Keseluruhan permainan amat menarik,dengan penguasaan permainan oleh Harimau Malaya.Ianya turut mendapat pujian jurulatih Hong Kong.Ternyata jurulatih Malaysia,K.Rajagobal berjaya mengekalkan momentum persembahan anak-anak buahnya sehingga hari ini.Berikan siapa sahaja pemainnya,
Rajagobal akan memastikan pemainnya bermain mengikut perancangan.
Syabas K.Rajabobal,syabas Malaysia.

Malaysia Boleh !!!!!

No comments:

Post a Comment