Friday, December 17, 2010

Selamat Berjuang Harimau Malaya !

Esok 18 Disember 2010 Pasukan Malaysia yang dikenali dengan jolokan nama Harimau Malaya akan berjuang menentang Vietnam untuk separuh akhir kedua di Hanoi bagi meneruskan perjuangan untuk melayakkan kita sekali ke pentas akhir Piala AFF Suzuki Cup 2010.Biarpun setelah hampir 14 tahun (jika tidak silap) pasukan negara tidak dapat beraksi di gelanggang akhir,kebangkitan skuad anak-anak muda yang dikendalikan oleh coach K.Rajagobal memberi harapan baru dalam sejarah bolasepak negera sepertimana yang ditunjukkan oleh mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama dahulu yang mana Harimau Malaya telah berjaya mengatasi Vietnam dengan jaringan 2-0.Semoga kecemerlangan tersebut akan diteruskan lagi.Kepada seluruh rakyat Malaysia marilah kita mendoakan kejayaan pasukan bola sepak kita untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2010.Namun andaikata mereka tewas,janganlah dicemuh..yang penting mesti berjuang habis-habisan...Malaysia Boleh !  

No comments:

Post a Comment