Friday, December 17, 2010

Perlukah 'cermin' dalam hidup?

Persoalan itu yang sedang aku fikirkan.Perlukah cermin dalam hidup?Jawapan aku...,perlu..tak kiralah cermin sisi ke,cermin depan ke atau apa saja jenis cerminnya bagi aku ia perlu untuk aku melihat kembali ke dalam diri sendiri apa yang sedang terjadi kepada aku.Adakah aku semakin besar,kecil,kurus ataupun semakin gemuk.
Adakah juga penampilan aku sekarang ni ok atau teruk?adakah aku semakin putih atau semakin hitam?Jangan hanya syok sendiri...Cermin sebenarnya mampu memberitahu kita keadaan diri kita yang sebenarnya.Benar,orang lain juga mampu untuk menilai kita,tapi berpuashatikah kita jika hanya mendengar pandangan orang yang mengatakan " Oh,awak nampak hebat hari ni " sedangkan masih ada kekurangan yang kita rasakan.Kenapa pula orang di sana memandang kita dengan pandangan yang pelik?Adakah kerana bulu hidung yang terjurai keluar dari hidung kita hari itu?Itulah persoalannya...mana mungkin kita nampak bulu hidung itu terkeluar tanpa kita melihat ke dalam cermin..Kita tak boleh semata-mata mengharapkan pandangan 2 biji mata yang dianugerahkan tuhan ini untuk melihat segala-galanya..maksudnya juga kita tak boleh merasakan diri kita juga sudah cukup sempurna tanpa membenarkan orang lain menilai kita..
                Bagi aku,kita kena akui bahawa 'cermin' sangat memainkan peranan dalam hidup.Bahawasanya juga'cermin' itu juga boleh ada di mana-mana dan dalam berbagai rupa.Penampilan seseorang yang lain juga boleh menjadi cermin diri kita.Segala kelebihan dicontohi dan yang kurang cuba kita jauh...bak kata Aziz Desa suatu ketika dahulu,"cermin-cerminlah diri anda !"..wassalam.

No comments:

Post a Comment