Wednesday, December 22, 2010

Muka buku dan Berry hitam

Nasib baik aku tak termasuk dalam golongan yang terlambat mendapat maklumat teknologi terkini yang tengah jadi trend sekarang ni iaitu "muka buku" atau facebook yang glamernya..hehehe..sekarang ni dari budak-budak kat sekolah aku tu,makcik jual goreng pisang,pelajar U,orang Umno,orang PKR,orang Pas dan kebanyakan orang di dunia nie dah ada facebook....kalau sesiapa tengok lambang nie mesti tau dah apakebendenya...

Aku ingat lagi masa zaman aku maktab dulu,masa tu tahun 1996,aku baru kenal internet ( kebanyakan orang macam tue agaknya ) yang paling orang gila masa tue adalah chatting.Dulu,penggunaan internet belum meluas lagi..maka penuh la cyber cafe terutamanya berchatting.masa tu mana ada broadband lagi,jadi itulah satu-satunya sumber yg senang nak mengakses internet.Nasib baik masa tu aku belajar kat maktab perguruan jadi boleh la guna internet free.Kalau tak salah masa tu tengah glamer chatting guna MIRC..yg lain-lain pun ada jugak..tapi sekarang terasa masa begitu cepat berlalu.Zaman teknologi dah semakin canggih.Semenjak Mark Zuckerberg memperkenalkan Facebook ke alam maya,ianya semakin menjadi penghubung antara satu sama lain.tempat bercerita kehidupan seseorang.Juga sebagai platform perniagaan.Silap2 diari pun tak yah guna lain..semuanya boleh cerita dalam facebook.Sebagai bapa dan juga pendidik aku tak boleh ketinggalan.Ini kerana hampir 80 peratus pelajar-pelajarku memiliki FB.bukan sebab takut ketinggalan..pengalaman aku melihat FB anak-anak muridku menyebabkan aku rasa semua ibubapa sekarang perlu mahir dengan FB..sebabnya,kanak-kanak ni lebih mudah menyampaikan sesuatu dalam FB berbanding berterus-terang dengan ibubapa..Pernah seorang pelajar menulis pada wall FB nya "mandi kolam lama-lama baru rasa macam hisap dadah"..korang bayangkan bagaimana seorang budak 12 tahun boleh bayangkan sesuatu yang macam tu..kalau ibubapa dia tak tau guna FB memang susah la ...itulah bahayanya bebudak sekarang..kadangkala dia orang lagi advance..sekarang ni pun berFB lebih mudah sebab dah boleh terus online dari handphone..jadi setiap kali terima mesej sudah boleh terus dijawab,.antara telefon yang aku suka gunakan dan sedang menggunakanya kini adalah....


No comments:

Post a Comment