Wednesday, December 22, 2010

Old Skool Drift

      Dah penghujung cuti sekolah ni mesti bosan gak kalau tak de aktiviti sampingan yang tak kena keluarkan duit.Kalau nak berjalan jauh pun tak leh jugak pasal duit kena stanby anak nak sekolah pulak.Hari tu pun dah berjalan sakan ke sana ke mari.jadi alternatifnya pergi la mencari unsur hiburan di sekitar Seremban yang tak kena keluar duit banyak.
anak dan isteri yg join tengok sama


sempat ambil gambar
 Sedang aku tercari-cari nak pergi Jusco ke,pasar malam ke dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya aku terserempak dengan sekumpulan manusia yang macam sedang menonton sesuatu.Dengan pantas aku memaut stering Perdana ku ke satu lokasi di sebelah Stadiun Tuanku Abdul Rahman,Paroi untuk melihat aksi drift anak-anak muda Negeri Sembilan...tapi jangan terkejut,kat sini tak dapat nak tengok Nissan Skyline ke,Evo ke,..semua tu jangan harap la..yang ada cuma kete-kete old skool..

tapi aku memang respect dia orang ni sebab berani juga membawa sebuah hobi yang sebenarnya mahal ni..sebab tu la tak nampak kete-kete besar seperti yang aku sebutkan tadi..walaupun dia orang nie cuma bawak kete yg boleh dikategorikan sekarang sebagai kereta bawak gi kebun atau buat kerja kontrak je,tp aksi drift yg ditunjukkan dapatlah jugak menghiburkan aku sekeluarga,brader2,pak cik2 and mat2 motor yang ada petang tue walaupun aksinya tak lah sehebat Tengku Djan..jadi korang yang kat luar sana jom la luang-luangkan masa petang ahad kat paroi tengok dia orang nie..











No comments:

Post a Comment