Menurut Wikipidea(ms.wikipedia.org/wiki/Biro_Tatanegara),Biro Tatanegara (BTN) adalah sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditubuhkan pada 1981,melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme,membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.
Didalam era Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak,peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1 Malaysia,akyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.
Kalau diikutkan pemahaman orang ramai mengenai BTN ini bermacam-macam maklumat dan fakta akan keluar,namun sebagai kakitangan awam iaitu "Saya Yang Menurut Perintah",aku lalui sahaja semua ini.Peluang ini boleh juga aku gunakan untuk bersama rakan-rakan Guru Bimbingan Dan Kaunseling PPD Seremban dan bertukar-tukar idea menjalankan perkhidmatan kaunseling di sekolah.
 |
Kem Bina Negara,Kaki Bukit,Perlis.
|
Bermula 17 Julai 2011,hari Ahad malam seramai ebih kurang 70 orang guru bimbingan dan kaunseling dan Pegawai dari PPD Seremban berkumpul di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi sebelum mula bergerak menaiki 2 buah bas lebih kurang jam 10.30 malam untuk ke Gua Kelam,Kaki Bukit,Perlis di mana terletaknya Kem Bina Negara yang bakal menjadi tempat berlansungnya Kursus Transformasi Birokrat Guru Bimbingan Dan Kaunseling selama 3 hari 3 malam.
Tiba di Kangar lebih kurang jam 7.30 pagi,rombongan terlebih dahulu berhenti untuk menikmati sarapan pagi sebelum menyambung perjalanan ke Gua Kelam.
 |
Gua Kelam |
Bermula dari situ,bermacam-macam aktiviti yang dilalui oleh guru-guru bersama para fasilitator BTN.Tak tau la nak istilah kan apa?nak kata kena brainwash ke,motivasi diri ke,pembentukan jati diri ke namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sejak dari mula hingga ke akhir program.Selalunya Guru Kaunseling adalah guru yang mengatur segala bentuk program atau kem untuk motivasi diri para pelajar.Kali ini,guru-guru sendiri yang perlu melalui semua pengalaman tersebut sebagai peserta.Agaknya ada jugak yang dah lama tak pernah melalui pengalaman macam ini kan?!!
 |
Mengembara meredah hutan |
 |
Lokasi yang dikelilingi bukit dan kolam |
Aktiviti seterusnya ialah Padang Besar dan Pekan Rabu...it's shopping time!!!!!!!!
 |
Padang Besar
|