Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut :
- Apabila lampu isyarat bertukar hijau,anda tidak perlu bergerak laju.Lebih kuat anda menekan pedal minyak,lebih banyak minyak yang digunakan.sebaliknya,tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.
- Jika anda melihat lampu isyarat bertukar merah,cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan.Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini dapat menjamin ketahanan pad brek.
Berdasarkan satu lagi laporan konsumer,pemanduan kereta pada kelajuan 120 km sejam daripada 105 km sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara tiga hingga lima batu setiap gelen,bergantung kepada jenis kenderaan.
Tabiat mengekori kenderaan lain adalah salah satu perkara yang patut dielakkan.selain tidak
selamat,perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menkan brek,anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.
Relakskan diri dan memandu secara berhemah.Pastikan kereta anda sejauh dua saat dari kereta di hadapan dengan mengira dua saat dalam hati.
Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama.dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden,tabiat ini boleh dikis tanpa was-was.
Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh satu setengah batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California.sebab itu kereta hibrid akan mematikan enjin gasolin apabila ia berhenti bergerak,walau sesaat.
Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.
Jangan membeli makanan melalui ksunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ketulan ayam.
PEMANDU yang bijak akan mengikuti kaedah-kaedah yang betul untuk menjimatkan penggunaan petrol.
( Sumber : Utusan Malaysia,Khamis 23 Disember 2010 )
No comments:
Post a Comment