Gerun jugak bila mula-mula tengok jersi dia orang ari tu..Jersi Sepanyol tue..Tambahan pulak bila dia orang datang berkonvoi dengan beberapa parent yang mengiringi anak masing-masing untuk perlawanan persahabatan antara anak-anak murid aku di SK Wawasan bertemu pasukan dari Vision Homes S2 itu.Kumpulan aku masa tu pulak,aku dengan isteri dan anak-anak saja,nasib baik cikgu Shahrol datang,ada jugak la geng nak sorak kat tepi padang tu.
|
SK Wawasan |
Bertempat di padang SK Wawasan pada 20 Februari jam 4.30 petang,satu perlawanan di atur bersama mereka.Sebenarnya baru dua hari dikumpulkan budak-budak wawasan ni.Petang jumaat pemilihan,pagi Sabtu berlatih dan petang ahad friendly game.Macam skuad K.Rajagobal lak rasanya..skuad bidang terjun.Namun begitu,pemain-pemain yang dipilih juga adalah dari pasukan sebelum ini,cuma menambah bilangan pemain sedia ada.
|
Vision Homes |
Perlawanan ini juga sebagai persediaan untuk menghadapi kejohanan-kejohanan yang dianjurkan untuk para pelajar sekolah pada masa hadapan.Dah lama tak berlatih.Dah lama jugak tak berpeluh.Ingat tahun ni nak gerak semula la team bola ni.Macam biasa la,jadi coach je.Nak main sangat pun dah tak berapa nak aktif dah.
Disebabkan perlawanan itu juga,ada beberapa pasukan yang sudah pelawa untuk buat friendly game lagi.Insyaallah,minggu ini dan minggu hadapan ada dua game lagi.Pada perlawanan kali ini,jaringan bukanlah ukuran.Walaupun menang dengan jaringan 10-0,secara keseluruhan permaian belum memuaskan.Banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki terutama bahagian tengah dan penyudah yang agak tumpul.Pemain-pemain juga akan kurang bertenaga,mungkin kerana kurang latihan.
Ini adalah antara beberapa foto yang dapat dirakamkan semasa perlawanan persahabatan tersebut.
|
taklimat sebelum perlawanan bermula |
|
Bermula |
|
Antara ibubapa yang datang memberikan sokongan |
|
Perlawanan berehat sebentar |
|
susun semula |
|
Bersama Cikgu Shahrol |
|
Aeryl ( Man City ) mesti tak tinggal bola bersama Aie.. |
|
Coach Vision Homes |
|
Antara aksi di padang
|
|
adoiii la.... |
No comments:
Post a Comment