Saturday, February 19, 2011

Ambil Risiko Untuk Makan

Gambar longgokan tong gas di lokasi yang disebutkan
Bukan sekali dua pergi kedai ni.Dan bukan seorang dua jugak yang datang.Ramai.Tapi tak tak tahulah mereka perasan atau tidak yang risiko yang mungkin berlaku seandainya bencana melanda kedai ini.Cuba anda lihat gambar di atas.Walaupun gambar agak kurang jelas kerana diambil menggunakan Blackberry,tapi sudah cukup jelas bahawa itu sebenarnya adalah longgokan tong-tong gas memasak yang diletak di bahagian belakang restoran tersebut.


Rasa musykil jugak,ini restoran makan 24 jam ke kedai beraneka 24 jam?Macam mana boleh diletakkan berbelas-belas tong gas memasak kat dalam tu?Di kedai runcit yang selalu aku beli gas pun tak sebanyak itu gas yang dia orang jual.Kalau di rumah dengan hanya satu tong gas sahaja sudah cukup untuk meletupkan bahagian dapur dengan letupan yang kuat,kalau banyak nie,memang lagi dahsyat letupan yang bakal dihasilkan.Dahsyat.....


Mungkinkah aku yang tak pernah tengok situasi macam ni?Ataupun anda semua dah biasa lihat di restoran-restoran yang lain dengan keadaan seperti ini?Kalau ini sesuatu yang biasa,memang pelik bin ajaib.


Aku berharap tak ada apa-apa la yang akan berlaku kepada restoran itu kerana walaupun sedar tentang situasi ini,aku masih lagi datang ke situ.Orang lain pun sama.Cuma apa yang diharapkan,pemilik restoran ini mengambil kira aspek keselamatan pelanggannya di samping menjalankan perniagaan untuk mencari keuntungan.

No comments:

Post a Comment