Saturday, February 12, 2011

The Winner of 'School Got Talent'

Sudah hampir setahun berlalu.Tiga bulan yang lalu pula pemenangnya diumumkan yang mana Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2 diumumkan sebagai Johan bagi Pertandingan menghasilkan video "School Got Talent" yang dianjurkan oleh SKMM,Telekom Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Piala kemenangan

Saat menantikan pemenang diumumkan
Pemenang telah diumumkan
Hadiah-hadiah yang dimenangi
Hasil penat lelah dan kerjasama seluruh warga sekolah maka terhasillah video yang diberi jodol "Ber 1 Juo" sehingga memberikan salah satu kejayaan yang dikecapi oleh Sekolah Kebangsaan Wawasan dalam tahun 2010.Memang tak dinafikan kerjanya amat memenatkan walaupun cuma menghasilkan video yang berdurasi 5 mint sahaja.Agaknya kalu buat filem atau drama lagi tak tido empat, lima malam.

Bersama rakan-rakan ahli lembaga pengarah
Hadiah cenderahati
Anak-anak join sekali
Nasi Arab..best !
Penat memang penat namun hasilnya amat memuaskan semua pihak.Semua warga bersama-sama membantu untuk memastikan kejayaan berpihak kepada sekolah kami.Ini adalah kerana penilaian untuk mencari pemenang pertandingan ini bukanlah di tangan pihak juri 100 %.Ianya sama seperti pertandingan realiti tv juga yang memerlukan undian penonton.Bagaimanapun undian dibuat melalui undian online dan bukanlah sms.

Namun dalam keseronokan menunggu diumumkan sebagai pemenang,ada juga kelakarnya.Ini kerana semua menyangkakan kami akan memenangi hadiah wang tunai RM 10,000.00.Tanpa disedari rupa-rupanya dalam syarat pertandingan termaktub bahawa hadiah untuk Johan adalah barangan elektronik bernilai RM 10,000 dan bukannya dalam bentuk wang tunai.Maka hancurlah hati yang dah berangan-angan nak berjalan ke Langkawi dan sebagainya dengan wang RM10,000.00 itu.Hahahaha....
Menerima cenderamata 

Tetapi tak mengapa.Yang penting SK Wawasan tetap johan.Hadiah diterima pula ialah lima unit notebook,satu printer,lima mp4 berserta piala.Alhamdulillah.Sebagai penghargaan kepada para pelakon,mereka diberi seunit mp4 setiap seorang.Cikgu?Tak ada apa lah...cukup bulan terima gaji.

Namun setelah tiga bulan berlalu,masih juga sempat meraikan kemenangan tersebut bersama barisan guru-guru merangkap pengarah bersama yang menghasilkan video "Ber 1 Juo".Alhamdulillah,entah dari mana datang rezekinya itu,semua kami meraikan diri sendiri di Restoran Nasi Arab Damsyik di Senawang,Negeri Sembilan.

Wednesday, February 9, 2011

Harimau Malaya Makin Mencengkam


9 Februari 2011 - Semenjak Malaysia menjuarai Piala Asia bulan lalu,peningkatan tahap permainan pasukan yang digelar Harimau Malaya ini semakin menjadi-jadi.Terbaru,malam ini,Malaysia menunjukkan kehebatan lagi apabila berjaya menundukkan pasukan dari Asia,Hong Kong dalam perlawanan persahabatan yang berlansung di Stadium Bukit Jalil,Kuala Lumpur.Gol-gol dijaringkan oleh Safiq Rahim ( minit 44 ) dan Amirul Hadi Zainal minit ke 91.

Gol pertama oleh Safiq Rahim


Suatu pencapaian yang membanggakan walaupun ianya hanyalah perlawanan persahabatan.Mungkin juga hadiah buat Safee Sali yang akan berhijrah ke Indonesia untuk bermain bersama kelab Pelita Jaya.

Gol ke-2 oleh Amirul Hadi sejurus sebelum tamat permainan
Keseluruhan permainan amat menarik,dengan penguasaan permainan oleh Harimau Malaya.Ianya turut mendapat pujian jurulatih Hong Kong.Ternyata jurulatih Malaysia,K.Rajagobal berjaya mengekalkan momentum persembahan anak-anak buahnya sehingga hari ini.Berikan siapa sahaja pemainnya,
Rajagobal akan memastikan pemainnya bermain mengikut perancangan.
Syabas K.Rajabobal,syabas Malaysia.

Malaysia Boleh !!!!!

Monday, February 7, 2011

Teknik Belajar Berkesan

10 Teknik Belajar Berkesan :

1.   Tentukan MATLAMAT belajar kamu.
2.   Belajar ,emgikut JADUAL WAKTU yang telah kamu sediakan.
3.   Berusaha MENYINTAI pelajaran.
4.   Sentiasa berfikiran,TENANG,GEMBIRA dan CERIA.
5.   Hindari MASALAH.
6.   MENJAUHI aktiviti yang tidak berfaedah.
7.   Setiap yang kamu baca kamu mesti ingat INGAT.
8.   Belajar dalam keadaan SEGAR.
9.   Memohon PETUNJUK dari Tuhan.
10. Jika berjaya ucap TAHNIAH pada diri sendiri.

( sumber rujukan : Dr.Shukri Abdullah )


Semoga catatan ringkas ini dapat dijadikan panduan buat semua pelajar untuk lebih cemerlang dalam pelajaran.Usaha tanpa teknik yang berkesan tidak akan membuahkan hasil.Selamat berjaya.

Saturday, February 5, 2011

Bangunan lama bakal beroperasi kembali ?

Jika anda pertama kali ke Seremban mesti anda terkejut bila disajikan dengan pemandangan bangunan terbiar tatkala anda mula memasuki bandar Seremban setelah keluar dari tol Seremban berhampiran Muzium Negeri.Bagi penduduk Negeri Sembilan,itu adalah fenomena yang biasa dilihat saban tahun malahan ada beberapa lagi bangunan terbiar dan terbengkalai di sekitar bandar Tanah Adat Perpatih ini.Ada antaranya yang dah boleh jadi kolam renang gergasi.

Rasanya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi dulu,bangunan-bangunan itu terus terbiar.Kalau ada yang naik pun bangunan MAA kat Terminal 1 tu. Bagaimanapun baru-baru ni bila aku lalu kat Seremban,aku terpandang ke arah bangunan yang sepatutnya telah lama siap itu.Kalau tengok dari struktur bangunan macam nak buat shopping kompleks.kalau jadi bagus la.Bertambah lagi tempat persinggahan kat Seremban ni.Dan yang paling penting,tak menyakitkan mata lagi.Banyak sangat bangunan tinggal pun berbulu gak tengoknya.

Gambar ni baru je aku ambil pada 5 Feb.2011.Kalau tengok mereka dah mula menyambung kerja membina laluan untuk tempat letak kereta di tingkas atas.Bahagian-bahagian lain belum nampak lagi.Mungkin berperingkat-peringkat.(harapnya la !) Kalau korang lalu,tengok apa perkembangannya..semakin berkembang ke atau akan menguncup kembali.Kedudukannya di Kemayan Square bersebelahan Steyen minyak Mobil dan berhampiran Hospital KPJ.

Apa-apa pun semoga Seremban akan kembali ceria dengan terbinanya kembali bangunan ini.

Friday, February 4, 2011

Raja Lawak vs Raja Selipar ?

Kalau orang Kajang mungkin tak terkejut bila tengok banner nie,tapi bagi aku yang datang dari Seremban mula-mula tue rasa macam terkena gak bila tengok dari jauh nampak macam baner Raja Lawak.Ingatkan ada personaliti Raja Lawak yang duk meniaga kat situ..( tak tau la kalau owner dia memang artis Raja Lawak )

Bila dah dekat baru perasan yang banner tue sebenarnya tertulis Raja Selipar...hahaha..,lawak betul.Apapun ideanya memang menarik,guna identiti Raja Lawak untuk jual selipar.Dan seperti namanya Raja Selipar, memang banyak la selipar kat situ.Jangan cari baju,takkan jumpa.Kalau nak cari baju jugak cari kat gerai di sebelahnya.

Lokasinya yang terletak kat tengah bandar Kajang iaitu dalam kawasan perniagaan yang paling famous kat Malaysia iaitu sate Kajang HJ.Samuri,memang menjual pelbagai jenis selipar seperti Crocs,selipar yang menggunakan perkataan-perkataan yang biasa kita sebut seperti Facebook,Yahoo,Google dan banyak lagi.Kalau nak tau ori ke tak ori,itu kena tanya tokey la...Harga yang ditawarkan dari RM 10,RM 20 RM 30 dan ke atas.
Bawa keluarga beriadah di Stadium Kajang

Aktiviti riadah yang terdapat di Stadium Kajang

Dalam Kawasan restoran
Bukan nak tolong promote kedai nie,tapi aku cuma tertarik dengan logo dia.Bukan aku dapat komisen punKalau korang yang biasa ke Sate Kajang Hj.Samuri mesti dah pernah sampai ke gerai nie sebenarnya.Lagi satu yang best kat sini,boleh buat aktiviti 3 dalam 1.Petang datang dulu untuk beriadah kat Stadium sebelah tue,lepas tu beli-belah apa-apa yang patut kat gerai sini,bila dah lapar makan sate lak..amacam,best ?

Wednesday, February 2, 2011

Tips Jimat Minyak Musim Gawat

Bukan  mudah hendak membuang tabiat pemanduan yang salah.Dengan kebimbangan dan kemarahan yang memuncak,pemandu yang bijak akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan penggunaan petrol.

Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut :

  • Apabila lampu isyarat bertukar hijau,anda tidak perlu bergerak laju.Lebih kuat anda menekan pedal minyak,lebih banyak minyak yang digunakan.sebaliknya,tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.
  • Jika anda melihat lampu isyarat bertukar merah,cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan.Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini dapat menjamin ketahanan pad brek.
kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35 peratus berdasarkan kajian oleh laman automatif.Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat,kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol.Lebih laju anda memecut,lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan.

Berdasarkan satu lagi laporan konsumer,pemanduan kereta pada kelajuan 120 km sejam daripada 105 km sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara tiga hingga lima batu setiap gelen,bergantung kepada jenis kenderaan.

Tabiat mengekori kenderaan lain adalah salah satu perkara yang patut dielakkan.selain tidak
selamat,perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menkan brek,anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.

Relakskan diri dan memandu secara berhemah.Pastikan kereta anda sejauh dua saat dari kereta di hadapan dengan mengira dua saat dalam hati.

Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama.dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden,tabiat ini boleh dikis tanpa was-was.

Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh satu setengah batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California.sebab itu kereta hibrid akan mematikan enjin gasolin apabila ia berhenti bergerak,walau sesaat.

Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.

Jangan membeli makanan melalui ksunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ketulan ayam.

PEMANDU yang bijak akan mengikuti kaedah-kaedah yang betul untuk menjimatkan penggunaan petrol.

( Sumber : Utusan Malaysia,Khamis 23 Disember 2010 )

Dunia Perdana

Aktiviti bermotor memang best kalau kena gaya dan member-member yang best..dulu masa main beskal time kecik-kecik ada geng basikal je..tak leh jalan jauh..kalau jauh pun gi kedai je..hehehe..tapi bila dah besar,dah ada duit sendiri,dah ada keter sendiri mula la nak jalan jauh sikit..klu jalan lone ranger dengan family memang best.,tapi kalau berkonvoi pun lagi best...semua mata melihat je... :-)

Memori bersama Prime Perdana ke Pahang

Susun untuk Photoshoot bersama Majalah Kereta

Di Shah Alam ( Majalah Kereta )

Putrajaya

The Largest Motorsport Gathering 

Friendly futsal Bangi

TT Kajang

Sebelum join member-member Perdana ada gak join citra club,tapi jodoh tak panjang...kejap je la.Tapi Citra tue still ada walaupun dah klon..Perdana pun dah dua kelab join..Prime Perdana dan sekarang Primez..itu pun tak tau la lama maner,sebab member suruh jual besi buruk pasal aku tak dapat ikut dia orang pergi konvoi Teluk Batik kali nie....( nie baru sekali je la aku tak join weiiii !!!!) hehehe...nanti aku follow lagi la...