Malam ini,lagi beberapa hari lagi nak menyambut Hari Raya Aidilfitri,aku terlihat sesuatu yang bagi aku sungguh menyentuh hati.Terasa sangat-sangat terasa sehinggakan rasa nak berkongsi apa yang aku lihat sebentar tadi di sini.Kadangkala aku terfikir,kenapa kita selalu mengeluh dan merasakan diri kita susah...sedarkah kita masih ada yang lebih susah dari kita di luar sana..sedarkah aku betapa sebenarnya Allah telah memberikan nikmat yang begitu hebat buat diri aku bersama keluargaku...itulah yang aku fikirkan ketika ini...
Kalian nak tahu apa yang aku saksikan ?
Tatkala aku hendak melangkah keluar lebih kurang jam 10.30 malam menaiki motosikal Modenas Elegan ku,aku terlihat satu keluarga (si suami,isteri dan seorang anak ) berbangsa cina,yang mana si ibu dan anak sedang duduk kepenatan (mungkin selepas berjalan ) di tepi jalan tidak jauh dari rumahku.Aku cuma memerhatikan sambil memikirkan mungkin mereka hendak pulang ke rumah yang berada di sekitar sini sahaja.
Aku berlalu pergi bersama motosikalku menuju ke rumah ibubapaku yang jaraknya lebih kurang lapan kilometer sekali perjalanan.Aku cuma singgah sebentar di rumah ibubapaku untuk mengambil barang yang tertinggal sebelum berpatah semula ke rumahku lebih lapan kilometer lagi.
Hampir tiba di rumahku lebih kurang 2 kilometer lagi,aku melihat jam di tangan sudah hampir jam sebelas.Sedang aku meluncur laju bersama motosikalku,..aku terkejut,tersentak dan tersentuh melihat kelibat yang baru aku lihat sebentar tadi masih berjalan kaki meredah kesejukan malam..masyaaallah..sudah jam 11.00 dan mereka masih berjalan kaki,..jauh lagikah rumah mereka?Kuat lagikah kaki anak kecil yang mungkin darjah 2 itu?Aku sudah pergi dan sudah hampir pulang ke rumah semula tapi mereka masih berjalan untuk jejak ke rumah?Sedih,kasihan,terharu begitu menyentap di hatiku..Kalaulah ketika itu aku membawa kereta,ingin sahaja aku tumpangkan mereka.Aku melihat si bapa sudah berjalan sambil membuka butang uniform "Security Guard"nya..Berpeluh...Cuba kalian bayangkan bagaimana anaknya?
Aduhhhh...aku juga ada anak sebesar itu..bertuahnya mereka kerana tak perlu melalui keadaan sebegitu.Alhamdulillah aku dan isteri masih mampu untuk membesarkan mereka dengan sempurna.Bersyukur juga aku diberikan hidup yang selesa dan kerjaya yang sempurna.Apa lagi yang kumahu?Aku terkenangkan anak-anak muridku yang mungkin nasibnya sebegitu.Pasti mereka sedih.Kalau yang aku lihat tadi melayu beragama islam pula bagaimana?Nasib mereka?Lagi 2 hari nak raya...pasti raya hanya di bibir...
Aku berharap budak itu dan sesiapa sahaja yang senasib dengan mereka akan menjadikan iktibar perkara tersebut untuk memperbaiki kehidupan mereka di masa hadapan..aku dan isteri juga pernah melalui kehidupan yang sukar itu bersama ibubapa kami dahulu.
Alhamdulillah,dengan keazaman untuk memperbaiki kehidupan,kita mampu untuk mendapat yang terbaik...jangan berputus asa,..pada kita yang telah senang,janganlah dilupakan kepada yang susah..
Never I Will Let Someone To Take Advandtage Of Me And Never Will I Change Myself To Satisfy Others
Saturday, August 27, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Ke mana hilangnya...?!!
Ada sesiapa tahu tak?
Kenapa leh jadi macam ni?
Aku pun jarang buka...
tapi sekali bila aku nak post update terbaru ,baru aku perasan ada beberapa gambar dalam blog aku ni dah hilang..
dah la aku ni tak expert pun pasal blog ni,tetiba jadi cam ni pulak
Camner nak buat ek?
Tolonglah..
Ada sesiapa tahu?
Ke mana hilangnya?
Monday, August 22, 2011
Iftar @ Bagan Lalang
Salam Ramadhan...
Buat update sekali lagi..agaknya sebulan sekali baru leh masuk...kadang-kadang terasa gak nak isikan story untuk di share,tapi selalu tak sempat.Maklum la,Facebook lebih mudah untuk berkongsi cerita..
Kali ini nak kongsi cerita pasal majlis Iftar bersama-sama Member2 Primerz ( Kelab Pemilik Proton Perdana ) yang di buat di Bagan Lalang,Sepang pada 13 Ogos yang lalu.Dah lama tak berkumpul beramai-ramai,jadi peluang ini digunakan untuk bersama.Ramai jugak kawan-kawan lama yang dah tak de, sama ada berhijrah kelab mahupun berkereta baru.
Namun biar apapun status masing2 ketika ini persahabatan tetap seperti dulu.Yang bestnya,bila berada di sini persahabatan kita tidak berada dalam linkungan kerjaya yang sama sepanjang masa.
Buat update sekali lagi..agaknya sebulan sekali baru leh masuk...kadang-kadang terasa gak nak isikan story untuk di share,tapi selalu tak sempat.Maklum la,Facebook lebih mudah untuk berkongsi cerita..
Kali ini nak kongsi cerita pasal majlis Iftar bersama-sama Member2 Primerz ( Kelab Pemilik Proton Perdana ) yang di buat di Bagan Lalang,Sepang pada 13 Ogos yang lalu.Dah lama tak berkumpul beramai-ramai,jadi peluang ini digunakan untuk bersama.Ramai jugak kawan-kawan lama yang dah tak de, sama ada berhijrah kelab mahupun berkereta baru.
Namun biar apapun status masing2 ketika ini persahabatan tetap seperti dulu.Yang bestnya,bila berada di sini persahabatan kita tidak berada dalam linkungan kerjaya yang sama sepanjang masa.
![]() |
| Dah selesai pun...alhamdulillah |
![]() |
| Saat menantikan rakan2 yg belum hadir |
![]() |
| Turut dibawa bersama isteri dan anak-anak |
![]() |
| Seafood yang tak de la sesedap Umbai... |
![]() |
| Masih menanti yang tak kesampaian... :( |
![]() |
| Tunggu dan terus menunggu |
![]() |
| acara favourite...bergambar la... |
![]() |
| tunggu turn nak bergambar |
![]() |
| My Prime ;) |
![]() |
| Mazli's Prime |
![]() |
| Bujang Senang,kalo tak salah...huhu |
![]() |
| Heyyy Karim... |
![]() |
| Please la jangan tunjuk ayu...geli...hahaha |
![]() |
| Tokey apa ada halll.... |
![]() |
| the only Orange |
![]() |
| Kalau dah jodoh tu takkan ke mana.. Geng-geng KL,lu orang lambat la,tak sempat nak posing petang..len kali la yee... |
Tuesday, July 26, 2011
Guru Kaunseling di Biro Tatanegara
Menurut Wikipidea(ms.wikipedia.org/wiki/Biro_Tatanegara),Biro Tatanegara (BTN) adalah sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditubuhkan pada 1981,melaksanakan program yang menepati objektif utama iaitu memupuk semangat patriotisme,membina sikap berteraskan nilai murni dan penghayatan cintakan negara di kalangan warganegara.
Didalam era Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak,peranan BTN ialah menerapkan semangat gagasan 1 Malaysia,akyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.
Kalau diikutkan pemahaman orang ramai mengenai BTN ini bermacam-macam maklumat dan fakta akan keluar,namun sebagai kakitangan awam iaitu "Saya Yang Menurut Perintah",aku lalui sahaja semua ini.Peluang ini boleh juga aku gunakan untuk bersama rakan-rakan Guru Bimbingan Dan Kaunseling PPD Seremban dan bertukar-tukar idea menjalankan perkhidmatan kaunseling di sekolah.
![]() |
| Kem Bina Negara,Kaki Bukit,Perlis. |
Tiba di Kangar lebih kurang jam 7.30 pagi,rombongan terlebih dahulu berhenti untuk menikmati sarapan pagi sebelum menyambung perjalanan ke Gua Kelam.
![]() |
| Gua Kelam |
Bermula dari situ,bermacam-macam aktiviti yang dilalui oleh guru-guru bersama para fasilitator BTN.Tak tau la nak istilah kan apa?nak kata kena brainwash ke,motivasi diri ke,pembentukan jati diri ke namun alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sejak dari mula hingga ke akhir program.Selalunya Guru Kaunseling adalah guru yang mengatur segala bentuk program atau kem untuk motivasi diri para pelajar.Kali ini,guru-guru sendiri yang perlu melalui semua pengalaman tersebut sebagai peserta.Agaknya ada jugak yang dah lama tak pernah melalui pengalaman macam ini kan?!!
![]() |
| Mengembara meredah hutan |
![]() |
| Lokasi yang dikelilingi bukit dan kolam |
![]() |
| Bersama Tuan PPD yang baru. En. Mohd Sah |
![]() |
| Bergambar kenangan sebelum meninggalkan kem |
![]() |
| Bergerak keluar |
![]() |
| Laluan dalam Gua Kelam |
![]() |
| Bergambar kenangan |
Aktiviti seterusnya ialah Padang Besar dan Pekan Rabu...it's shopping time!!!!!!!!
![]() |
| Padang Besar |
Wednesday, June 29, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Gunakan segala teknologi yang ada....
Dulu nak pegang komputer pun orang takut,tp sekarang mahu tak mahu,kita mesti belajar untuk mahir...jangan sampai budak-budak duk tipu kita...Dan kini,teknologi sudah tiada batasan dan sempadan..bukan hanya mengharapkan bila ada komputer sahaja boleh bekerja..sekarang,melalui handphone pun dah boleh buat semua...telefon bukan lagi untuk kegunaan konvensional,buat call,balas sms sahaja...semua boleh dah...masuk data,perbankan,nak explore apa sahaja,semua boleh...kita mesti mencubanya...
Sunday, June 19, 2011
Majlis Pertunangan Nini
Dah lama rasa tak log in kat blog aku sendiri...tau-tau dah hampir 1100 view,alhamdulillah.Bukan nak kejar bilangan pengunjung pun.Sekadar seronok-seronok dan mengisi masa lapang.Kali ni nak pos peristiwa sekitar majlis pertunangan adik kepada isteriku pada cuti sekolah bulan Jun yang lalu.Sambutan yang sederhana tapi masih meriah.
Mungkin sedikit sedih adalah kerana peristiwa yang tidak dijangka iaitu mak mertua ku tiba-tiba dimasukkan ke hospital dalam keadaan yang agak uzur.Bagaimanapun majlis yang telah dirancang tetap diteruskan jua.Berbagai-bagai peristiwa lain juga diduga terutama isteriku,namun kesabaran mengatasi segala-galanya.Inginku berkongsi beberapa gambar yang ku ambil sebagai kenang-kenangan bersama keluarga isteri dan rombongan pertunangan dari Sepang.
Mungkin sedikit sedih adalah kerana peristiwa yang tidak dijangka iaitu mak mertua ku tiba-tiba dimasukkan ke hospital dalam keadaan yang agak uzur.Bagaimanapun majlis yang telah dirancang tetap diteruskan jua.Berbagai-bagai peristiwa lain juga diduga terutama isteriku,namun kesabaran mengatasi segala-galanya.Inginku berkongsi beberapa gambar yang ku ambil sebagai kenang-kenangan bersama keluarga isteri dan rombongan pertunangan dari Sepang.
![]() |
| Bakal ibu mertua Nini menyarungkan cincin |
![]() |
| Bapa mertuaku ( bersongkok ) bersama keluarga pihak lelaki |
![]() |
| Pelamin dan hantaran pihak perempuan |
![]() |
| Rombongan pihak lelaki |
![]() |
| Nini |
![]() |
| Nini dan Wan |
![]() |
| Koleksi hantaran |
![]() |
| Isteriku bersama kakak-kakanya antara yang paling sibuk. |
![]() |
| Bantu ambil gambar sahaja.. |
![]() |
| Anakanda ku Aeryl |
Subscribe to:
Posts (Atom)









































