Thursday, June 18, 2020

Salahku

https://youtu.be/HDL9qnqksTw

Ku hanya ikut hati yang berkata benar.
Maafkan aku.
Aku tau tak semua orang suka.

Sunday, May 17, 2020

SELAMAT HARI GURU 2020

BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU


Ini norma baru. Buat pertama kalinya sambutan Hari Guru dilakukan secara dalam talian atau sevara maya oleh mana-mana insan yang bergelar guru. Belum pernah rasanya terjadi suasana seperti ini sebelum ini.

Alhamdulillah, hari ini telah berlansungnya majlis sambutan serba ringkas tapi sangat bermakna buat semua yang bergelar "cikgu" di SK Batang Benar, Mantin, Negeri Sembilan.

Perhimpunan yang dijalankan melalui aplikasi Google Meet ini bermula jam 10.00 pagi , 18 Mei 2020 dan disertai oleh En.Sabaruddin bin Ab Rahman, Guru Besar SK Batang Benar, En.Khairul Azmi bin Yahya, YDP PIBG, barisan pentadbir, guru-guru serta beberapa orang wakil murid yang turut memberikan ucapan dan persembahan.

Berikut sedikit paparan gambaran perjalanan program tersebut.


Acara yang serba ringkas tapi bermakna turut diselitkan dalam aturcara.


Dah lama tak ber Hari Guru di sekolah, kali ini aku dah bersedia nak bersama-sama dengan perasaan bangga dan gembira tapi dalam suasana yang sangat berbeza. Laptop dah sedia, line je kadang-kadang semput....huhuhu...

Dia orang kata nak tema pelangi, tapi pelangi tak keluar lagi....hihihi....

Alhamdulillah, penyertaan hampir kesemua guru bersama-sama dalam perjumpaan ini. maklumlah... ini akan jadi suatu sejarah sepanjang bergelar guru nanti.

Ramai kan ...?
Terima kasih GB

Wakil Murid
Sempat 3 bulan aku bertugas penuh di SK Batang Benar, baru nak kenal semua, tiba-tiba kena PKP sampailah sekarang PKPB pula. Tak dapat masuk sekolah. Mungkin ini semua ada hikmah di sebalik yang berlaku. Kita doakan yang terbaik untuk semua warga SKeBB.

Apapun, tahniah diucapkan kepada Tuan GB, YDP PIBG, Barisan Pentadbir, Guru-guru, anak-anak murid yang terlibat serta khususnya kepada Jawatakuasa Sambutan Hari Guru 2020 SK Batang Benar.

Bersedia untuk norma baru seterusnya. Semoga keadaan akan menjadi bertambah baik.
 
"Hebat. Fokus. Cemerlang."

Kepada rakan-rakan, 
SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.



Helmy Muhammad.
18 Mei 2020.


Thursday, January 2, 2020

SABAR ITU INDAH


"Alamak, takde parking pulak !"

Parking punya pasal pun boleh buat kau jadi hilang pertimbangan. Mulalah sifat negatif seperti marah, geram dan sakit hati mula timbul. Itulah sebahagian sifat sebenar manusia. Dan tak terkecuali juga aku.

Manakan tidak, sudahlah terpaksa berpusing berkali-kali untuk kau dapatkan tempat, tiba-tiba orang lain masuk dulu parking yang kau nak tuju... mau tak mengamuk.

Tapi... kena tau juga, manusia ni masih ada sifat positif dalam diri. Kena belajar untuk sabar. Memanglah tengah marah. Sama macam aku. Tiba-tiba rasa tak boleh nak kawal. 3 minit, 5 minit pertama terkeluar jugak suara nada-nada geram.

Akhirnya aku fikir kalau aku menjerit sekalipun bukannya parking tu tiba-tiba jadi sedia khas untuk aku pun. Aku bukan VIP... "Eh, kau siapa nak demand ?"

Sudahnya kena tarik nafas dalam-dalam dan kena sabar. Kena fikir mungkin belum rezeki kita untuk dapat parking tu.

Rezeki tu pula bukannya kena tunggu je sebab kadangkala kau kena usaha untuk dapatkan, kadangkala kau kena harap ihsan orang untuk bantu dan akhir sekali semuanya atas ketentuan Yang Maha Esa.

Sekali lagi jawapan akhirnya ialah sabar. Kalau nak parking selesa kena bayar lebihlah.

Haaa.... lega, aku dapat parking kat luar tadi. Bayar pakai kupon je.. murah sikit 😁

Jom... dah boleh jalan dah... selamat hujung minggu.

Sunday, December 15, 2019

BIAR KITA USAHA, JANGAN TIKAM KAWAN


Malam tadi terjumpa sahabat lama di kedai makan. Kebetulan jumpa dua orang sahabat sekaligus. Mereka dan aku datang dengan keluarga masing-masing.

Bertanya khabar dan bercerita hal masing-masing sampai sudahnya tak sempat aku nak ke KL sebab dah agak lewat malam. 🤣🤣🤣

Yang seorang sahabat ni dah jadi YB (Yang Bersara) sebab dah pencen. Tengok muka pun dah macam artis, hampir aku tak kenal. Rambut sedikit panjang dan berjambang. Anak aku kata muka dah macam Remy Ishak...seronok betul jadi orang pencen ni kan ? Semoga bro akan terus sihat dan gembira menghadapi hari-hari persaraan ini.

Then, aku kata kat anak aku, " Takpe, papa pencen nanti papa jadi macam Zul Ariffin pulak "... kan papa ni menantu pak Ariffin 😁

Kemudian jumpa lagi seorang sahabat. Dia baru turun flight dari Kota Bharu. Singgah makan malam kat tempat sama aku makan ni.

Dia suami isteri rakan kepada aku dan isteri juga. Dengan mereka ni lagi banyaklah ceritanya sampai anak aku menggelupur takut lambat nak ke KL. Maklumlah cuti sekolah, macam-macamlah "plan" nya.

Dengan bro yang sorang ni, beliau masih lagi berkhidmat, (umurnya kira dia pangkah abang kepada aku) banyak juga yang kami sembang termasuk berkisar hal-hal kerja.

Yang paling aku akan ambil pusing apa yang dia cakap ialah tentang satu perkara.

Katanya, "Takde masalah kalau kita baik macam mana sekalipun dengan bos walaupun orang lain tak suka bos kita. Saya ni pun baik juga dengan bos saya walaupun orang kata dia tu tegas. Tapi kita ni janganlah gunakan bos kita tue untuk kita NAIK dan tindas orang lain. Sepatutnya biarlah kita neutralkan bos kita untuk layan orang lain sama rata."

Fuhhhh... bang, aku respect kau. Walaupun kita semua bukan sempurna, tapi kita mesti ada pendirian yang akhirnya akan buatkan orang hormat kembali kepada kita.

Doa orang lain kepada kita juga amat bermakna kan ?


Sunday, March 26, 2017

RAHSIA KEIBUBAPAAN ( MENURUT PANDANGAN SEORANG PENDIDIK)

Mengurus anak-anak zaman sekarang tidak serupa lagi zaman 60an, 70an, mahupun 80an yang lalu. Pendekatan yang harus dilakukan sedikit sebanyak perlulah sedikit berbeza walaupun sebenarnya ia tidak lari dari peranan dan tanggungjawab ibubapa yang lazimnya dilakukan sejak dahulu lagi.

Apa yang saya tulis ini bukanlah dari seorang pakar dalam bidang keibubapaan. Saya hanya ingin berkongsi berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sebagai anak, bapa, guru dan kini pegawai yang menguruskan hal ehwal disiplin murid di sebuah negeri.

Berikut merupakan antara ciri-ciri yang saya rasa boleh dijadikan panduan dalam pengurusan keibubapaan.

1. BERIKAN KASIH SAYANG DAN PERHATIAN KEPADA ANAK.
        Perkara yang paling utama dan perlu didahulukan oleh ibubapa dalam menguruskan anak-anak mereka ialah dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya. Hal ini perlu dimulakan seawal usia mereka 1tahun lagi. Jangan mula berhenti walau kita telah bertambah zuriat atau anak-anak ini meningkat usianya. Kasih sayang juga harus dilengkapkan dengan perhatian kepada setiap ucapan atau tingkah laku anak-anak kita. Ramai dikalangan ibubapa masa kini gagal dalam memberikan perhatian kepada anak-anak mereka atas alasan kesibukan bekerja untuk mencari rezeki. Ini yang sepatutnya diperbetulkan. Ketahuilah tuan-tuan, kegagalan tersebut akan menyebabkan anak-anak mencari sumber perhatian dari insan yang tidak sepatutnya.

2. JANGAN TERLALU MEMPERCAYAI ANAK.
    Satu kesilapan yang banyak berlaku pada ketika ini ialah, ibubapa mula bersikap "protective " atau dalam kata lainnya terlalu melindungi anak-anak. Ada ketikanya kepercayaan yang diberikan sangat keterlaluan. Betul, anak-anak biasanya akan bercakap benar terhadap ibubapa mereka. Tapi itu pun atas perkara yang mereka rasakan perkara yang mereka lakukan itu tidak salah dan tidak mungkin dimarahi ibubapa. Namun adakah anda fikir anak anda akan mengaku jika mereka merokok ? (Sebagai contoh). Sudah tentunya tidak.

Ini yang sebenarnya banyak berlaku pada hari ini. Pengalaman saya sebagai guru dan pegawai disiplin murid ketika berhadapan dengan isu-isu sebegini, kebanyakan ibubapa tidak yakin bahawa anak mereka melakukan kesalahan yang dimaklumkan. Ini kerana ibubapa ini percaya anak mereka tidak pernah melakukan perkara yang tidak baik dihadapan mereka. Ditambah pula mereka diyakinkan oleh anak mereka bahawa mereka tidak melakukan kesalahan tersebut sebaliknya akan meletakkan kesalahan tersebut ke atas orang lain contohnya dengan menuduh rakan sebagai punca. Namun lazimnya, jika ada sesuatu perkara tidak baik yang diperkatakan tentang anak kita, siasatlah. Tak mustahil mungkin 50 % ada asasnya.

3. BERI KESENANGAN TAPI AJAR JUGA ERTI KESUSAHAN.
         Sudah sewajarnya tanggungjawab sebagai ibubapa memberikan keperluan hidup untuk anak-anak mereka tidak kira dari segi perbelanjaan, makan dan minum, pakaian mahupun pelajaran. Berilah apa yang mampu. Jangan kedekut khususnya untuk pendidikan mereka.
          Kebanyakan ibubapa hari ini mempunyai kemampuan yang tinggi dalam membesarkan anak-anak mereka. Jadi tidak hairanlah ada anak-anak yang dibekalkan dengan belanja wang saku ke sekolah yang banyak, pakaian berjenama dan tak kurang juga anak-anak yang diberikan gadget seperti iphone dan ipad. Tidak mengapa, asal ada kemampuan masing-masing tambahan pula wang yang kita belanjakan itu untuk kita berkongsi kesenangan dengan anak-anak.
         Namun begitu, anak-anak ini juga wajar diajar sedikit erti kesusahan. Kita sebagai ibubapa jangan terlalu mudah memberi. Sikap itu akan membuatkan anak-anak akan bersikap sangat meminta. Kesannya nanti akan menjadi buruk. Mereka mungkin akan memberontak atau mendapatkan kehendak mereka dengan cara yang salah. Kita tidak mungkin tahu zaman senang atau susah kita. Berhati-hatilah.

Bersambung.

Wednesday, March 22, 2017

AKU AKAN MENULIS KEMBALI

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, kehidupan aku kali ini telah berubah. Rasa totally berubah. Bukan hanya dari segi kerjaya, malah hampir segala-galanya.

Sesungguhnya aku percaya ini takdir Allah. Pasti setiap yang direncanakan-Nya bersebab. Yang penting, hati kena kental. Jangan putus harap. Jangan putus berdoa. Jangan putus beramal.

Insyaallah akan aku kongsikan segala pengalaman ini.

Helmy Muhammad.
23 Mac 2017.

Sunday, September 22, 2013

ONLINE BISNESS

Saya nak try buat bisnes online pulak...ada tak kawan2 nak support...

Cuba klik di sini ------>  https://www.facebook.com/pages/Twenty-Five-Collection/208399155995921

Akhirnya terpaksa ku lepaskan jua...


Sudah beberapa bulan tidak menjengah blog aku ini, kini aku kembali..tapi kembali dengan kehilangan motor kesayangan ini yang hanya sempat ku ginakan untuk beberapa bulan sahaja..bukan hilang dicuri tetapi aku terpaksa menjualnya. Sebab ? errmmm...terlalu banyak sebab..tapi kenangan aku bersama motor kesayangan ini sangat bererti..hharap suatu hari nanti aku akan kembali menggunakan bike semula,..Sad but true... :'(

WXN 2025 in memory...

Wednesday, July 24, 2013

Cara mudah dapat wang....

woww....lama sangat rasanya tak update blog aku nie...tau-tau dah 11 ribu lebih view...tq pada sesiapa yang sudi melawat..kali nie aku nak share pasal cara mudah cari wang...katanya la...aku pun tak pasti betul atau tidak...caranya lebih kurang mcm pay per view..sekali kita klik kita akan dapat point yang mana ianya akan dibayar menerusi akaun paypal menggunakan akaun RHB Bank dan kad kredit atau debit...guna kad maybank pun boleh...aku tak pasti lagi keberkesanannya... tak salah kalau mencuba...

jadi pada sesiapa yang nak mencuba nasib, cuba klik kat sini..daftar adalah percuma.. ----
http://EarnPerRef.com/?invcod=108581

Monday, February 4, 2013

2013 - Sudah berubahkah Seremban ?

http://www.helmymuhammad.blogspot.com/2011/02/bangunan-lama-bakal-beroperasi-kembali.html

Malam nie aku saja nak share post aku yang terdahulu ini...dah lama dah..Tahun 2011. Apa yang buat aku tertanya-tanya ialah kenapa post aku yang di atas itu sudah tiada gambarnya ? Padahal gambar itu ialah gambar original. Bukan di"edit.." Dan yang pasti post itu bukan bertujuan nak memalukan mana-mana pihak..untuk apa?nanti tak pasal-pasal kena saman...

Aku rasa luahan yang aku buat itu bukan hanya luahan rasa hati aku seorang. Ramai lagi rakyat di Negeri Sembilan mengharapkan berlakunya perubahan yang drastik terutama di Bandar Seremban. Bayangkanlah, post yang aku tulis itu dibuat pada tahun 2011 dan sehingga hari ini....ermmm...aku tak mahu komen...kalian datang ke Seremban dan tengoklah sendiri...sayangnya gambar yang aku rakam tahun 2011 itu sudah "ghaib" secara tiba-tiba...kalau tidak mesti korang boleh buat perbandingan antara 2011 dan 2013 ( kini ).

Again aku nak bagitahu, aku bukan nak memalukan sesiapa pun..aku bagi contoh macam nie lah...
Kalaulah cikgu bagitahu anak kita nie malas, tak buat kerja sekolah, bla,bla,bla....dan kita menyedari bahawa memang itulah perangai anak kita,takkan kita bermatian-matian mengatakan anak kita tak berperangai macam tue...kalau begitulah, maknanya, kita cuba menutup kebenaran untuk digantikan dengan cerita-cerita indah walaupun kadangkalanya cerita itu palsu.

Bagi aku yang benar tetap benar dan yang palsu jangan kita cuba sembunyikan...tidak salah mengakui kelemahan malahan kita akan lebih dihormati sekiranya kita merendah diri untuk memperbaiki kesilapan itu.

Bukan pro dan kontra pada sesiapa...sebagai rakyat Negeri Sembilan aku harap pihak di sini mencontohi Melaka. Semakin lama semakin maju.

Aku dan keluarga hampir setiap bulan akan ke Bandar Melaka. Dan setiap kali ke Melaka pasti ada sahaja pembaharuan-pembahruan yang berlaku. Aku cukup respect. Kadangkala, daya tarikan yang terdapat di Melaka tak terfikir dek akal kita. Bayangkan sungai di sana umpama macam Venice. Dulu orang tak pandang pun, sekarang ?Hmmmm...bak kata Nabil...Lu fikir la sendiri...

So, sekali lagi harapan aku....kalau bukan sekarang pun tapi sekurang-kurangnya selepas PRU 13 nanti Seremban akan bertambah maju...baru lah boleh nak iktiraf bandaraya..tapi sekarang belum sesuai kot...

 

Wednesday, January 30, 2013

1 Malaysia Bike Week

Aku berasa sangat teruja. Maklum la, dah lama pujuk isteri nak bagi beli bike...hehehe ( tq ayang ) akhirnya dapat gak beli walaupun yang paling murah je..Naza Blade 250. Anyway, aku nak cerita pengalaman aku lepas seminggu motor baru keluar.kalau ikutkan, pantang pun tak habis lagi. Apa taknya, tempat kerja pun depan rumah je. Mana la nak jalan jauh.

Ok, back to the story...Aku dah tengok iklan mengenai 1 Malaysia Bike Week 2012 nie beberapa minggu sebelum event tersebut dijalankan. Jadi dalam hati memang berhasrat andainya kalau bike dapat keluar sebelum event ini berlansung memang rasa nak join..Maklumlah, konvoi berkereta ni sudah biasa sangat. Nak pula rasa berkonvoi dengan superbike.

So, pada 11 November 2012, aku berpeluang mengikuti perhimpunan motosikal terbesar yang pertama kali di Malaysi ini. Tapi orang lain datang bersama rakan-rakan kelab. Aku ? loneranger lagi...motor baru keluar seminggu, mana la sempat nak cari kelab..Tapi nasib baik wife sporting..dialah yang setia menemani suaminya yang memang suka aktiviti macam nie... ;-) ttq sekali lagi sayang...


Macam mana dengan anak-anak ? Mana boleh naik sampai 4 orang macam selalu aku buat masa naik motor Modenas Elegan tue...hehehe...apa lagi...tinggal dengan nenek la sekejap...

Ok, macam aku kata tadi, aku tak geng bikers lagi...sekarang pun tak de gak...jadi pagi tue masa aku dan isteri berhenti minum kat R&R Seremban, aku selamba je tanya geng2 bikers yang ada 2,3 group di situ..Aku join Lanun Bikers dari Melaka kalau tak silap..tapi yang kelakarnya tak sempat sampai Putrajaya pun aku follow..dia orang laju sangat...aku punya 250 je...dia orang paling rendah pun Kawa 650...tak terkejor yop...apapun aku meneruskan perjalanan dengan single bike bersama isteri ke Putrajaya.

Aku sampai agak awal hingga aku ingatkan tak de apa2 event..rupa-rupanya ianya berlansung di dataran Putrajaya depan Mahkamah.

Sampai di sana ada pendaftaran..dapatlah cenderamata seperti baju, topi dan makanan. Ala..baju yang macam aku pakai kat gambar atas tue...
Nasib baik ada jugak geng Blade

Masa nie baru sampai dan tak ramai lagi...



My lovely wife

Me and my wife


Me among the big bikes2... :-)

kalau ikutkan tak cukup nak capture keseluruhan gambar bike...sangat banyak dan sangat ramai...


 Memang tak akan dapat untuk capture semua gambar sekali...phew...terbaik la..rasa2 ada dekat 5 ribu big bike...

Tapi kira beruntung la bawak wife aku..dapat gak dia bergambar dengan celibrity big bike...kalau korang tengok korang mesti kenal kan...

Siapa tak kenal diva bikers...Fauziah Latiff

 Ini pula Duta Bikers Malaysia..


Hehehe...yang ini bukan bikers...artis jemputan je...Didie Alias..

Dan kemuncak acara ini ialah bila YAB PM Dato' Seri Najib Razak tiba bersama Spider untuk merasmikan majlis..gigil jugak katanya..tak pernah bawak motor...tapi tabik la PM...berani jugak mencuba...


Itu sahajalah untuk dikongsikan...next time aku nak kongsi ride aku ke Cameron Highlands bersama geng2 Bladers...itu lagi mencabar wooo...tak sabar nak cerita...nantikan ye...

Tuesday, January 29, 2013

Pertama Kali Ke Bandung ( Part 3 )

Sudah masuk hari ke-3 kami di Kota Bandung, Indonesia. Lokasi kami seterusnya pagi ini ialah...


Lokasi yang terletak di pergunungan..kami dimaklumkan oleh supir atau pemandu pelancong kami, lokasi ini agak sedikit tenang jika dibandingkan dengan Tangkuban Perahu..memang kalau dikirakan Tangkuban Perahu lebih popular di kalangan pelancong tetapi menurut supir kalau di sana pelancong akan berasa tidak selesa kerana sebaik sahaja anda turun dari kenderaan anda akan diekori oleh penjual-penjual yang akan menjual pelbagai cenderamata hinggakan anda berasa terpaksa membelinya.

Lagi pula, berbanding di Tengkuban Perahu, anda tidak dapat turun hingga ke dasar kawah. Di lokasi ini anda akan merasa sendiri pengalaman turun hingga ke kawasan berair kawah bekas tapak gunung berapi ini.
Mengambil masa hampir 1 jam lebih dari Kota Bandung, laluan perjalanan membuatkan kami berpeluang melihat suasana di kawasan luar bandar Bandung dengan kehidupan yang jauh berbeza dengan di Malaysia..satu pengalaman yang tidak mungkin kami lupakan.

Kenderan yang menggunakan kuda dapat dilihat di mana-mana di pinggir kota.


Kawasan perhentian sebelum naik ke Kawah

Menaiki kenderaan yang disediakan..perlu bayar tambang..harga dah tak ingat..kenderaan sendiri yang mahu naik ke atas juga perlu membayar charge tertentu.

Bau belerang agak kuat..hanya 15 minit sahaja dibenarkan di sini.

Merasai sendiri pengalaman menyentuh airnya

Begitu antara sedikit sebanyak pengalaman kami di Bandung. Ada beberapa lokasi menarik lagi yang tidak sempat untuk saya tunjukkan..Namun pengalaman yang diperolehi di tempat orang membuatkan kami lebih menghargai Malaysia. 

First time ke Bandung ( part 2 )

Masuk hari ke-2..( 11 Disember 2012 / Selasa )

Jam baru 5.30 pagi..tapi disini dah macam 6.30 pagi...hampir2 nak terang..pukul 6.30 pagi pulak tengok budak2 dah mula sampai ke sekolah yang terletak betul2 kat sebelah guesthouse yang kami tinggal nie..patutlah dengan bunyi meriah je...

buka tingkap bilik je dah nampak suasana nie...

Selepas mandi,kami bersarapan dulu di tempat penginapan..sarapan disediakan.

Alhamdulillah...lokasi pertama kami hari ini ialah Pasar Baru...$$$$$



 Aku anggarkan bangunan ini mengandungi 8 atau 9 tingkat yang bagaikan syurga beli belah terutamanya buat kaum wanita dan yang tidak terlalu mementingkan jenama. Mahu apa,sebut sahaja. Dari beg, kasut, kain pasang, tudung, jubah dan bermacam2 lagi..Kalau di Malaysia bolehlah dikatakan macam Pasar Payang atau Pasar Khadijah..atau boleh dikatakan macam Rantau Panjang..di sini,lebih banyak dan lebih murah...pokoknya, duit aja dong...



Aku kira hampir separuh hari di sini. Dari atas, turun ke tingkat bawah dan naik ke tingkat atas semula. Habis masa di sini sahaja..huhuhu...kesian kat anak-anak. Perut pun dah lapar, masa untuk makan.


Sekarang nasi ayam penyet pun dah popular di Malaysia kan..


Bersama kenderaan yang membawa kami...


Kasihan pada anak-anak, destinasi seterusnya ialah Transtudio Bandung...jom...


Di sini menempatkan permainan2 indoor game..lebih kurang macam kat Genting la...


Harga tiket untuk kami satu family berempat lebih kurang dalam RM 150.



Janji anak-anak puas hati, itu sudah satu kelegaan buat aku. Dari petang sampai ke malam, lebih kurang dua lokasi utama ini kami habiskan masa..cukup setakat hari kedua ini, nanti bersambung lagi untuk hari ketiga.

Chow.


Wednesday, January 16, 2013

First time ke Bandung

Kami sekeluarga memang kuat berjalan..kalau nak diikutkan,banyak yang aku nak post,tapi kadang-kadang masa tidak mengizinkan untuk aku selalu update.Selalunya aku berjalan sekitar Malaysia sahaja.Dan ini adalah kali pertama menaiki kapal terbang dan keluar dari Malaysia...wahhhhh...so excited...

Plannya telah aku rancang sekitar penghujung Oktober lalu,namun hanya aku dan isteri sahaja yang tahu manakala anak-anak tidak diberitahu langsung..maklum la,nak buar suprise..Kalau tidak mereka pasti akan sentiasa bertanya sahaja bila papa dan mama nak bawak naik aeroplane...?

Lokasi kami kali ini ialah ...Bandung,Indonesia....... yeahhhh !!!!

Tarikh : 10 / 12 / 2012
Add caption

Pagi itu tanpa memberitahu kepada anak-anak lokasi sebenar tujuan kami.Dengan meminta kerjasama ibubapa aku,mereka menghantar kami ke LCCT.
Sedia untuk naik kapal terbang

Bismilahhirahmanirahim...selamatkan perjalan kami.
Alhamdulillah...cuaca baik hari ini..

Sudah hampir tiba....

Here we are....



Bandara Husein Sastranegara Bandung


Dah sampai tempat pertama kena tuju ialah nak cari makan...nak cari makan...time nie lebih kurang jam 3.00 petang...dari pagi tadi b.fast roti canai je kat Sepang...mana leh tahan woo...

Simpang Raya

Jadi sinilah tempat yang dituju...masakan padang katanya...ok lah...not bad...


Masakan Padang nie pilihan lauknya banyak...tapi bayar ikut jumlah yang kita makan sahaja...kalau rasa selera besar...boleh cuba semua...


Restorannya pun selesa. Ada yang ber air-cond...ada yang di luar..kami pilih untuk duduk di luar...ambil angin Bandung... ;-)

Dah selesai makan,perut pun dah terisi kembali,kami meneruskan destinasi kami yang pertama...Oh,ya...sebelum tue,saya beli kad telefon Pra Bayar Sempati terlebih dahulu bagi memudahkan untuk menghubungi keluarga di Malaysia..maklum la,Digi tak de coverage di sini...

So,lokasi pertama kami tuju ialah...
 Toko Tiga

Ini antara tempat tumpuan pelancong untuk mencari jeans brande pada harga yang berpatutan.Menurut kata supirku,"Kalau abang masuk di sini nanti,bisa aja jumpa ramai orang Malaysia",.Memang betul pun..yang naik satu flight dengan kami tadi pun ada.

Isteri dan anak-anakku..

Tasya dan Aeryl

Selesai sambar dua tiga helai jeans di sini kami bergerak ke lokasi lain pula..kata orang,masa itu emas.Tak sempat nak check in lagi..ikut badan memang penat,tapi bukan selalu ke sini pun..

Lokasi pakaian2 berjenama..

The Summit

Di sini kasut2 dan beg berkualiti...

Baso Granat...bakso terbaik...


Ronda sebentar sebelum balik ke hotel

Perghhhh...kepenatan..sekarang masa untuk check in..dah jam 10 malam...baru nak check in..kalau ikut hati nak ronda lagi...tapi simpan tenaga untuk esok dulu...


Di sinilah kami akan menginap sepanjang berada di Bandung...Ariandri Boutique Guesthouse..rumah banglo yang diubah menjadi guesthouse..but not bad..tapi nak sampai...fuhhh...terpaksa mencelah-celah dilaluan yang sempit antara rumah2 orang..korang boleh imagine macam rumah-rumah di Bangsar yang ditukar menjadi premis perniagaan..nice...

Depan bilik dah macam Hard Rock

Terbukti kepenatannya anak2ku ini..

End of Day 1...sambung nanti.