Sunday, April 3, 2011

Minggu yang sesak dan padat

Dah lama rasanya tak dapat log in ke dalam blog aku ni.Bulan Mac 2011 adalah minggu yang sangat padat aku rasakan terutama sekali pada minggu terakhir.Hari ini 4 April 2011 baru terasa sedikit lapang walaupun kepenatan masih terasa selepas balik dari Kem Motivasi Jati diri semalam.

Bulan Mac yang lalu aku mulakan dengan menyediakan guru jemputan (pakar/JU) bagi kelas tambahan Tahun 6.Kemudian sekolah mula bercuti seminggu dan aku pun mendaftarkan diri buat pertama kalinya sebagai pelajar kembali di Asia e University dalam bidang TESL.Dah lama tak belajar,tak tau la macam mana nak menghadapinya lagi selama 4 tahun nanti.


Semasa bercuti seminggu sempat juga pulang ke kampung isteri di Batu Rakit,Kuala Terengganu.Walaupun sekejap sempat juga melawat keluarga di sana.Di kesempatan itu juga,aku sempat merayau sehingga ke jeti di Pulau Duyung yang saban tahun mengadakan petandingan perahu layar Monson Cup itu.Dan ketika menikmati makanan laut celup tepung yang memang terkenal di Terengganu,sempat juga bertemu dgn Vaneeda Imran dan suaminya Rashidi Ishak.
Di Jeti Nelayan Pulau Duyung,Terengganu
Bersama Rashidi Ishak
Isteri tersayang bersama Rashidi Ishak & Vaneeda Imran
Selepas sahaja cuti sekolah aku terkejar-kejar lagi hendak menyiapkan dua program yang perlu aku laksanakan.Yang pertama Mesyuarat Agung PIBG pada 31 Mac 2011 yang mana aku sebagai Setiausahanya dan Kem Motivasi Jati Diri pada 1 - 3 April 2011 sebagai Penyelaras Program.Rasa tak cukup kaki dan tangan.Nasib baik ada isteri yang kebetulan satu sekolah denganku dan juga rakan-rakan lain yang membantu.Kurang sikit rasa bebanan.Dalam keadaan terkejar-kejar ada juga aktiviti -aktiviti yang terselit di celah kesibukan itu.Pada 26-27 Mac,pasukan kawad kaki berkampung di sekolah untuk persiapan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Seremban 1.Dalam masa yang sama aku terpaksa menguruskan mesyuarat terakhir AJK PIBG sessi 2010/2011 pada malam 26 Mac.

Makan selepas meraih kemenangan..


28 Mac aku bergerak ke SK Batang Benar Nilai untuk mengikuti Pasukan Kawad Kaki.Alhamdulillah..,SK Wawasan meneruskan tradisi kemenangan seperti tahun-tahun sebelumnya.Kali ini lebih manis kemengan oleh kedua-dua pasukan lelaki dan perempuan.Ditambah lagi kejayaannya,kemenangan Ketua Platun Lelaki dan Ketua Platun Perempuan Terbaik.
30 Mac 2011 aku terpaksa keluar lagi.Kali ini untuk Pertandingan Bola Sepak Daerah.Keadaan sangat kelam kabut.Esoknya nak mesyuarat agung PIBG lagi.Pasukan aku layak untuk ke pusingan seterusnya pulak tu.Kena main lagi pada 31 Mac....arghhhhh...memang tension.Akhirnya aku terpaksa mohon kerjasama Cikgu Syahrol menguruskan pasukan bola pada hari khamis di pusingan kedua.Dan seperti yang aku jangka,mesyuarat agung PIBG kali akan berlaku sesuatu yang di luar jangkaan berdasarkan suasana beberapa mesyuarat agung PIBG sekolah-sekolah berhampiran.Mesyuarat kali ini berlansung hingga jam 7 malam.

VIP jemputan Senator Dato' Najeeb
Persembahan murid-murid
Tasya turut sama terlibat


Akhir sekali masa untuk Kem Motivasi Jati Diri Dan Kemahiran Belajar pula dijalankan mulai 1 hingga 3 April 2011 berjaya dijalankan di Taman Malaysia yang terletak di Taman Tasik Seremban.Kem yang berjaya mengumpul hampir 120 orang daripada 172 pelajar itu turut mendapat sokongan rakan-rakan guru yang lain.Terima kasih dari kami di Unit Bimbingan Dan Kaunseling SK Wawasan.Banyak aktiviti yang dijalankan dan ada yang tidak sempat dirakam antaranya aktiviti ' burung hantu ' dan ' meredah lumpur '.Diharapkan murid-murid ini dapat memanfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari program ini.

Tanda pengenalan diri
 



Taklimat pendaftaran
Aktiviti Riadah
Model-model SK Wawasan
Aktiviti ' burung hantu '
bergerak masuk ke dalam hutan
mempersiapkan penceramah jemputan
Penceramah jemputan
Aktiviti Explorace
Puas meredah hutan
ramai yang mengidam nak naik jambatan gantung..
Malam kebudayaan
Bergambar kenangan sebelum pulang