Wednesday, December 22, 2010

Muka buku dan Berry hitam

Nasib baik aku tak termasuk dalam golongan yang terlambat mendapat maklumat teknologi terkini yang tengah jadi trend sekarang ni iaitu "muka buku" atau facebook yang glamernya..hehehe..sekarang ni dari budak-budak kat sekolah aku tu,makcik jual goreng pisang,pelajar U,orang Umno,orang PKR,orang Pas dan kebanyakan orang di dunia nie dah ada facebook....kalau sesiapa tengok lambang nie mesti tau dah apakebendenya...

Aku ingat lagi masa zaman aku maktab dulu,masa tu tahun 1996,aku baru kenal internet ( kebanyakan orang macam tue agaknya ) yang paling orang gila masa tue adalah chatting.Dulu,penggunaan internet belum meluas lagi..maka penuh la cyber cafe terutamanya berchatting.masa tu mana ada broadband lagi,jadi itulah satu-satunya sumber yg senang nak mengakses internet.Nasib baik masa tu aku belajar kat maktab perguruan jadi boleh la guna internet free.Kalau tak salah masa tu tengah glamer chatting guna MIRC..yg lain-lain pun ada jugak..tapi sekarang terasa masa begitu cepat berlalu.Zaman teknologi dah semakin canggih.Semenjak Mark Zuckerberg memperkenalkan Facebook ke alam maya,ianya semakin menjadi penghubung antara satu sama lain.tempat bercerita kehidupan seseorang.Juga sebagai platform perniagaan.Silap2 diari pun tak yah guna lain..semuanya boleh cerita dalam facebook.Sebagai bapa dan juga pendidik aku tak boleh ketinggalan.Ini kerana hampir 80 peratus pelajar-pelajarku memiliki FB.bukan sebab takut ketinggalan..pengalaman aku melihat FB anak-anak muridku menyebabkan aku rasa semua ibubapa sekarang perlu mahir dengan FB..sebabnya,kanak-kanak ni lebih mudah menyampaikan sesuatu dalam FB berbanding berterus-terang dengan ibubapa..Pernah seorang pelajar menulis pada wall FB nya "mandi kolam lama-lama baru rasa macam hisap dadah"..korang bayangkan bagaimana seorang budak 12 tahun boleh bayangkan sesuatu yang macam tu..kalau ibubapa dia tak tau guna FB memang susah la ...itulah bahayanya bebudak sekarang..kadangkala dia orang lagi advance..sekarang ni pun berFB lebih mudah sebab dah boleh terus online dari handphone..jadi setiap kali terima mesej sudah boleh terus dijawab,.antara telefon yang aku suka gunakan dan sedang menggunakanya kini adalah....


Old Skool Drift

      Dah penghujung cuti sekolah ni mesti bosan gak kalau tak de aktiviti sampingan yang tak kena keluarkan duit.Kalau nak berjalan jauh pun tak leh jugak pasal duit kena stanby anak nak sekolah pulak.Hari tu pun dah berjalan sakan ke sana ke mari.jadi alternatifnya pergi la mencari unsur hiburan di sekitar Seremban yang tak kena keluar duit banyak.
anak dan isteri yg join tengok sama


sempat ambil gambar
 Sedang aku tercari-cari nak pergi Jusco ke,pasar malam ke dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya aku terserempak dengan sekumpulan manusia yang macam sedang menonton sesuatu.Dengan pantas aku memaut stering Perdana ku ke satu lokasi di sebelah Stadiun Tuanku Abdul Rahman,Paroi untuk melihat aksi drift anak-anak muda Negeri Sembilan...tapi jangan terkejut,kat sini tak dapat nak tengok Nissan Skyline ke,Evo ke,..semua tu jangan harap la..yang ada cuma kete-kete old skool..

tapi aku memang respect dia orang ni sebab berani juga membawa sebuah hobi yang sebenarnya mahal ni..sebab tu la tak nampak kete-kete besar seperti yang aku sebutkan tadi..walaupun dia orang nie cuma bawak kete yg boleh dikategorikan sekarang sebagai kereta bawak gi kebun atau buat kerja kontrak je,tp aksi drift yg ditunjukkan dapatlah jugak menghiburkan aku sekeluarga,brader2,pak cik2 and mat2 motor yang ada petang tue walaupun aksinya tak lah sehebat Tengku Djan..jadi korang yang kat luar sana jom la luang-luangkan masa petang ahad kat paroi tengok dia orang nie..











Friday, December 17, 2010

Selamat Berjuang Harimau Malaya !

Esok 18 Disember 2010 Pasukan Malaysia yang dikenali dengan jolokan nama Harimau Malaya akan berjuang menentang Vietnam untuk separuh akhir kedua di Hanoi bagi meneruskan perjuangan untuk melayakkan kita sekali ke pentas akhir Piala AFF Suzuki Cup 2010.Biarpun setelah hampir 14 tahun (jika tidak silap) pasukan negara tidak dapat beraksi di gelanggang akhir,kebangkitan skuad anak-anak muda yang dikendalikan oleh coach K.Rajagobal memberi harapan baru dalam sejarah bolasepak negera sepertimana yang ditunjukkan oleh mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan separuh akhir pertama dahulu yang mana Harimau Malaya telah berjaya mengatasi Vietnam dengan jaringan 2-0.Semoga kecemerlangan tersebut akan diteruskan lagi.Kepada seluruh rakyat Malaysia marilah kita mendoakan kejayaan pasukan bola sepak kita untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2010.Namun andaikata mereka tewas,janganlah dicemuh..yang penting mesti berjuang habis-habisan...Malaysia Boleh !  

Melihat keindahan alam

Bersama family,ipar n anak2 buah..
Kalau selalu sangat mandi kolam pun tak best jugak..sesekali kena gak turun ke alam semula jadi yang dilindungi pokok-pokok dan batu-batu sungai..barulah airnya terasa perghhhh..........
sejukkkk.....jadi minggu ni aku pun turn dengan family ke Ulu Bendul...
sempat mengambil gambar2 flora dan fauna..
Peluang berkumpul bersama geng-geng dari Terengganu memang digunakan sepenuhnya untuk beriadah beramai-ramai..aku pun tumpang seronok la.sambil-sambil tu leh gak test kamera gi amik gambar..anak-anak?Apalagi,dia orang memang seronok gila la dapat main air lagi.. ;-)




 Dah siap masak dari malam,semua bergerak pagi tue dengan dua kereta.Nasib sampai sana awal..orang masih tak sampai lagi so senang chop tempat...

Pasang khemah siap2..pas tue sarapan,mandi,makan lagi,mandi lagi sampai makanan habis...tengok hero aku yang baju hijau tue...bersungguh makan...hahaha..





Peluang mengambil foto-foto flora/fauna juga digunakan masa ni...


yang lain-lain dah upload kat fb

Perlukah 'cermin' dalam hidup?

Persoalan itu yang sedang aku fikirkan.Perlukah cermin dalam hidup?Jawapan aku...,perlu..tak kiralah cermin sisi ke,cermin depan ke atau apa saja jenis cerminnya bagi aku ia perlu untuk aku melihat kembali ke dalam diri sendiri apa yang sedang terjadi kepada aku.Adakah aku semakin besar,kecil,kurus ataupun semakin gemuk.
Adakah juga penampilan aku sekarang ni ok atau teruk?adakah aku semakin putih atau semakin hitam?Jangan hanya syok sendiri...Cermin sebenarnya mampu memberitahu kita keadaan diri kita yang sebenarnya.Benar,orang lain juga mampu untuk menilai kita,tapi berpuashatikah kita jika hanya mendengar pandangan orang yang mengatakan " Oh,awak nampak hebat hari ni " sedangkan masih ada kekurangan yang kita rasakan.Kenapa pula orang di sana memandang kita dengan pandangan yang pelik?Adakah kerana bulu hidung yang terjurai keluar dari hidung kita hari itu?Itulah persoalannya...mana mungkin kita nampak bulu hidung itu terkeluar tanpa kita melihat ke dalam cermin..Kita tak boleh semata-mata mengharapkan pandangan 2 biji mata yang dianugerahkan tuhan ini untuk melihat segala-galanya..maksudnya juga kita tak boleh merasakan diri kita juga sudah cukup sempurna tanpa membenarkan orang lain menilai kita..
                Bagi aku,kita kena akui bahawa 'cermin' sangat memainkan peranan dalam hidup.Bahawasanya juga'cermin' itu juga boleh ada di mana-mana dan dalam berbagai rupa.Penampilan seseorang yang lain juga boleh menjadi cermin diri kita.Segala kelebihan dicontohi dan yang kurang cuba kita jauh...bak kata Aziz Desa suatu ketika dahulu,"cermin-cerminlah diri anda !"..wassalam.